Analisa kesalahan pelajar dalam subjek statistik: kajian kes bagi semester pengajian secara atas talian / Maisurah Shamsuddin and Siti Balqis Mahlan

Shamsuddin, Maisurah and Mahlan, Siti Balqis (2021) Analisa kesalahan pelajar dalam subjek statistik: kajian kes bagi semester pengajian secara atas talian / Maisurah Shamsuddin and Siti Balqis Mahlan. Implication Of Students’ Performance And Obstacles Through Open Distance Learning (Odl) Teaching Methods During Movement Control Orders (Mco), Covid-19, 2. pp. 86-99. ISSN 978-967-25608-0-7

Abstract

Statistik merupakan subjek teras bagi kebanyakan kursus di peringkat universiti. Kebanyakan pelajar mengaplikasi bidang statistik dalam menghasilkan projek tahun akhir. Sepanjang tempoh pembelajaran yang dijalankan secara atas talian, didapati prestasi pelajar dalam subjek ini telah merosot. Justeru itu, kajian ini dilakukan bagi mengkaji secara deskriptif kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam subjek statistik. Seramai 54 orang pelajar semester Oktober - Februari 2021 yang mengambil subjek statistik terlibat dalam kajian ini. Data yang diperolehi adalah daripada ujian akhir secara atas talian. Kajian tertumpu kepada topik hipothesis berdasarkan min markah yang paling rendah diperolehi. Setiap kertas jawapan pelajar disemak dan diteliti kesalahan yang dilakukan dengan menggunakan kaedah Newman. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti pelajar tidak dapat memahami kehendah soalan berkaitan ujian hipotesis. Seterusnya telah menyebabkan mereka melakukan beberapa kesalahan lain termasuk transformasi dan kemahiran proses. Pensyarah perlu memberi fokus kepada kesalahan ini dan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif. Secara tidak langsung penguasaan di dalam bidang statistik dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih cemerlang.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Shamsuddin, Maisurah
maisurah025@uitm.edu.my
Mahlan, Siti Balqis
sitibalqis026@uitm.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Umar, Norazah
UNSPECIFIED
Chief Editor
Othman, Jamal
UNSPECIFIED
Editor
Kadar, Rozita
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research > Quantitative research
Q Science > QA Mathematics
Q Science > QA Mathematics > Study and teaching
Q Science > QA Mathematics > Study and teaching > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: Implication Of Students’ Performance And Obstacles Through Open Distance Learning (Odl) Teaching Methods During Movement Control Orders (Mco), Covid-19
ISSN: 978-967-25608-0-7
Volume: 2
Page Range: pp. 86-99
Keywords: Statistik, hipotesis, kaedah Newman, pembelajaran atas talian, deskriptif
Date: August 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69818
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 69818.pdf] Text
69818.pdf

Download (520kB)

ID Number

69818

Indexing

Statistic

Statistic details