Abstract
Membaca adalah penting dalam kehidupan seharian manusia di muka bumi ini. Kebanyakan bahan ilmiah ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk bahan bacaan dan juga sebagai bahan rujukan, contohnya ialah buku, majalah, surat khabar, risalah dan sebagainya. Seperti yang kita semua ketahui budaya membaca ini perlu diterapkan dari peringkat awal kelahiran sebagai proses untuk menerapkan nilai atau sifat ingin membaca dalam jiwa kanak - kanak itu sendiri. Kanak - kanak diibaratkan sebagai kain putih yang akan ibubapa corakkan. Nilai membaca ini perlu diterapkan untuk memastikan negara kita melahirkan masyarakat yang berilmu dan berwawasan. Cadangan bagi mewujudkan Perpustakaan Kanak - Kanak ini merupakan salah satu cara untuk menerapkan ilmu dan sebagai proses untuk kanak - kanak itu sendiri memperkembangkan mindanya di peringkat awal. Di dalam Perpustakaan Kanak - Kanak ini akan diterapkan dengan pelbagai aktiviti yang dapat membantu kanak - kanak dalam proses perkembangan minda mereka selain daripada bahan bacaan yang biasanya didapati di mana - mana perpustakaan di Malaysia. Matlamat perpustakaan ini adalah untuk menjadikan generasi akan datang masyarakat yang berilmu dan menjadikan perpustakaan ini sebagai contoh kepada perpustakaan lain dalam proses menerapkan budaya membaca kepada kanak - kanak.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Akhir, Noor Hidayah 2003260490 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Masri, Mawar UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Details in building design and construction.Including walls, roofs |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Interior Design |
Keywords: | perpustakaan kanak-kanak, rekabentuk, membaca |
Date: | 2006 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69756 |
Download
69756.pdf
Download (180kB)