Abstract
Program Pendidikan Khas Integrasi (PKKI) yang pada mulanya dikenali dengan nama Rancangan Percantuman telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 1962 bagi kanak-kanak kurang upaya penglihatan di sekolah rendah dan menengah arus perdana. Seterusnya, PPKI telah ditambah baik dan pada tahun 1988, KPM memulakan kelas perintis untuk pelajar peringkat rendah bermasalah pembelajaran secara berperingkat ke seluruh negara untuk memberi peluang kepada semua murid berkeperluan khas ini menerima akses pendidikan yang relevan seiring keupayaan mereka. Menyedari terdapat ruang untuk penambahbaikan di dalam pelaksanaan PPKI untuk mengikuti kurikulum yang digubal khusus berasaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), terutamanya dalam bidang Sains, sekumpulan penyelidik yang dikenali dengan nama Science-Community Research Group (SCoRE) telah mengorak langkah.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mokhtar, Aida Syafinaz UNSPECIFIED Umor, Noor Azrimi UNSPECIFIED Adenan, Nurul Hidayah UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals L Education > LB Theory and practice of education > Blended learning. Computer assisted instruction. Programmed instruction P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Program Pendidikan Khas Integrasi, PKKI, Kementerian Pendidikan Malaysia |
Date: | September 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69734 |