Dasar Islamisasi kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) di negeri Kelantan 1990-1995 / Mohd Zulkifli Zakaria and Fauzilah Salleh

Zakaria, Mohd Zulkifli and Salleh, Fauzilah (1995) Dasar Islamisasi kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) di negeri Kelantan 1990-1995 / Mohd Zulkifli Zakaria and Fauzilah Salleh. [Student Project] (Submitted)
Abstract

Kertas pro jek ini akan membincangkan aspek-aspek umum dari proses pembangunan yang ada kaitannya dengan perubahan sosio-politik yang berlaku di Kelantan selepas pentadbiran negeri diambi lalih oleh Angkatan Perpaduan Ummah dari satu segi perubahan yang berlaku bukanlah sesuatu yang radikal dalam ertikata ianya telah menawarkan satu alternatif yang benar - benar asing kepada struktur pentadbiran dan perundangan yang sedia wujud. Walau bagaimanapun pihak pentadbiran negeri telah mengemukakan satu bentuk transformasi pentadbiran yang berteraskan Islam yang agak menyeluruh. Kuasa autonomi negeri yang diperuntukkan di bawah perlembagaan persekutuan telah digunakan secara maksima untuk merealisasikan cita-cita menjadikan Islam sebagai cara hidup Addin. Disebabkan pembaharuan-pembaharuan yang dikemuka kan bukanlah sesuatu yang radikal, tetapi berbeza, ianya telah juga mencetuskan konflik dengan struktur yang sedia ada. Kemampuan pihak kerajaan negeri menangani masalah-masalah yang timbul dibantu oleh dua faktor penting keazaman politik (political wil1) yang tinggi di pihak kepimpinan politik dan masyarakat Kelantan yang bersifat homogen dann mempunyai tradisi keagamaan (Islam) yang kuat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 69685.pdf]
Text
69685.pdf
Download (791kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | Kampus Machang, Kelantan
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics