Abstract
Pokok kopi (spesies Coffea) boleh tumbuh hampir di semua negara di sepanjang garisan Khatulistiwa. Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS) turut menyenaraikan beberapa jenis pokok kopi yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Ini termasuklah C. arabica, C. liberica dan C. canephora. Gambaran hubungan di antara pokok kopi, dengan hasil biji kopi yang diperolehi dari tumbuhan tersebut, telah dilukis dengan baik oleh Scott & Wil (2017). Gambar 1 menunjukkan bunga kopi yang berwarna putih. Lebah juga turut berkerjasama di dalam proses persenyawaan bunga untuk membentuk buah kopi. Sementara itu, pengkelasan buah kopi (Coffea arabica) telah dijelaskan oleh Figueiredo et al. (2011) dengan memantau lapan aras perkembangan buah kopi berdasarkan saiz buah serta warna perikarp (dinding atau kulit luar buah).
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Rizal, Muhammad Hakimi UNSPECIFIED Mohsin, Hannis Fadzillah UNSPECIFIED Abdul Wahab, Ibtisam UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals P Language and Literature > PN Literature (General) S Agriculture > S Agriculture (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Kajian struktur, buah kopi, garisan Khatulistiwa |
Date: | September 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69646 |