Abstract
ATCEPS (Automatic Trash Compactor Electrical Power Saving) adalah sebuah tong sampah pintar yang mampu memampat sampah berlebihan di dalam tong sampah di kawasan awam secara automatik. la bertujuan bagi membantu memaksimakan penggunaan tong sampah dan mengekalkan bilangan shif mengangkut sampah sedia ada walaupun jumlah sampah yang dibuang di dalam tong sampah telah meningkat. Cici-ciri utama ATCEPS adalah penggunaan tenaga solar sebagai punca tenaga dan dilengkapi dengan sensor bagi mengesan tahap kelembapan (bau) dalam tong sampah, kepadatan tong sampah dan lampu LED jimat tenaga bagi pengguna melihat tong sampah pada waktu malam. la mudah ditukar ganti kerana dibina mengikut tong sampah yang biasa digunakan ditempat-tempat awam di Malaysia. ATCEPS membantu pihak berkuasa tempatan menangani masalah kekurangan pekerja membuang sampah-sampah berlebihan di tempat-tempat awam di dalam tempoh masa ulangan kerja yang singkat dan ia memberi gambaran yang baik kepada masyarakat tentang pembuangan sampah ditempat awam dengan sempurna. Alat ini sangant berpotensi dikomersilkan kerana penggunaannya yang sangat mesra alam sekitar.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Othman, Noor Farhana UNSPECIFIED Mohd Jamil, Nur Nadiah UNSPECIFIED Siew Quin, Bok UNSPECIFIED Palanisammy, Partiban UNSPECIFIED Jamaludin, Siti Nadzirah UNSPECIFIED Abu Bakar, Azlina UNSPECIFIED Jaffar, Azhar UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Sewage disposal systems |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka |
Event Title: | RIID 2012: Innovation For Sustainable Growth |
Event Dates: | 7-8 November 2012 |
Keywords: | Tong sampah pintar; Tenaga solar; Inovasi |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69456 |