Pemerkasaan masjid melalui sistem hisbah / Mohd Miqdad Aswad Ahmad, Zanirah Mustafa@Busu dan Badriah Nordin

Ahmad, Mohd Miqdad Aswad and Mustafa@Busu, Zanirah and Nordin, Badriah (2016) Pemerkasaan masjid melalui sistem hisbah / Mohd Miqdad Aswad Ahmad, Zanirah Mustafa@Busu dan Badriah Nordin. e-Academia Journal UiTMT, 5 (2). pp. 66-72. ISSN 2289-6589

Abstract

Dalam Islam terdapat suatu kewajipan yang diamanahkan kepada manusia. Kewajiban tersebut di kenali sebagai hisbah yang bermakna menyeru kepada kebaikan (amar ma’ruf wa nahu munkar) dan menegah kemungkaran serta memperbetulkan masyarakat (islah bayn al-nas) atau memperbaiki kepincangan masyarakat. Di dalam hisbah meliputi dua tanggungjawab iaitu tanggungjawab melaksanakan ma’ruf dan keduanya tanggungjawab untuk menghalang kemungkaran. Kedua-dua tanggungjawab tersebut dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu tanggungjawab berhubung dengan hak Allah SWT, tanggungjawab berhubung dengan hak manusia dan tanggungjawab berhubung dengan hak Allah SWT dan manusia. Ini bertujuan mencegah perkara-perkara kemungkaran, unsur-unsur penipuan, pencerobohan, kelalaian, kekejaman dan sebagainya. Justeru itu, agama Islam telah meletakkan dasar-dasar yang mesti difahami oleh setiap individu dalam hal-hal yang berkaitan ibadah dan muamalah. Perkara-perkara tersebut mestilah dilihat secara terperinci berpandukan pada asas-asas yang telah diletakkan oleh ulama-ulama yang terdahulu dan ditransformasikan dengan sesuatu penemuan baharu yang berlandaskan lunas-lunas syarak.Terdapat pelbagai kaedah hisbah yang boleh diketengahkan dengan cara yang berhikmah dan yang di anjurkan dalam Islam antaranya nasihat, tazkirah, irshad, qudwah, qiyadah, tawsiyyah dan islah. Konsep hisbah sangat relevan diaplikasikan untuk kesejahteraan, menyatupadukan ummah, keadilan dan memperkukuhkan kefahaman tentang Islam di kalangan masyarakat pada masa kini. Maka kajian ini menyatakan bahawa konsep hisbah masih relevan di aplikasikan pada masa kini khususnya dalam memperkasakan peranan masjid sebagaimana yang telah dilaksanakan di zaman kegemilangan Islam. Penstrukturan organisasi masjid perlu dinilai semula bagi memastikan ianya mampu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai salah satu institusi hisbah di Malaysia.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad, Mohd Miqdad Aswad
UNSPECIFIED
Mustafa@Busu, Zanirah
zanir126@kelantan.uitm.edu.my
Nordin, Badriah
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Mosques. Monasteries
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: e-Academia Journal UiTMT
UiTM Journal Collections: Others > UiTM Terengganu E-Academia Journal
ISSN: 2289-6589
Volume: 5
Number: 2
Page Range: pp. 66-72
Keywords: hisbah, masjid, tanggungjawab, ibadah, muamalah
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69204
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 69204.pdf] Text
69204.pdf

Download (331kB)

ID Number

69204

Indexing

Statistic

Statistic details