Abstract
Berada dikemelut wabak Pandemik Coronavirus (Covid 19) yang pada mulanya melanda China dan merebak keseluruh dunia, memberi impak yang sangat dahsyat kepada semua sistem pengurusan Negara secara global dari segi ekonomi, pentadbiran, pertanian, perikanan dan sebagainya. Malaysia juga tidak terlepas dari kemelut ini. Tindakan pantas pihak kerajaan Malaysia dalam menangani masalah Covid 19 adalah satu tindakan yang patut dicontohi dan menjadi ikutan negara lain. Tindakan drastik yang diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani masalah Covid 19 salah satunya adalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian penyebaran wabak ini. Semua lapisan masyarakat mengambil pendekatan mematuhi arahan dengan duduk di rumah sepanjang tempoh PKP. Bagi memastikan penjanaan ilmu pengetahuan berterusan, dengan dokongan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia, universiti diberi mandat untuk meneruskan sistem akademik berjalan seperti biasa dengan kaedah berbeza dari biasa. Semua ahli akademik terpaksa akur dengan keperluan ini dimana ianya sejajar dengan keperluan dalam mengejar Revolusi Industri 4.0 iaitu kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) secara atas talian atau ODL.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md Nor, Noorsuhada UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Ibrahim, Anas UNSPECIFIED Chief Editor Idrus, Juliana UNSPECIFIED Editor Md Hasan, Ahmad Syauqi UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA L Education > LG Individual institutions > Asia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering |
Journal or Publication Title: | Buletin Tahunan Fakulti Kejuruteraan Awam |
ISSN: | 2716-6325 |
Keywords: | Buletin FKA, Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68811 |