Bengkel penulisan “Enrich Publication: Change Your Capability and Enhance Your Speed” / Hafizah Muhamad Azlan

Muhamad Azlan, Hafizah (2020) Bengkel penulisan “Enrich Publication: Change Your Capability and Enhance Your Speed” / Hafizah Muhamad Azlan. Bulletin. Unit Penerbitan FKAPP.

Abstract

Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan satu siri Bengkel Penulisan pada 21-22 Disember 2020. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Unit Penerbitan di mana ianya menerima penyertaan daripada 30 orang peserta di kalangan pensyarah. Bengkel ini diadakan secara bersemuka selama dua hari dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Oleh sebab itu penyertaan terpaksa dihadkan mengikut SOP Covid-19 bersesuaian dengan keluasan bilik seminar. Apa yang menariknya, bengkel ini telah menjemput penceramah dari luar UiTM iaitu Professor Ir. Dr. Shahrum Bin Abdullah dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau merupakan seorang Professor yang mempunyai pengalaman yang banyak dan luas dari segi penulisan dalam menghasilkan jurnal yang berkualiti tinggi dan diiktiraf. Beliau telah menerbitkan lebih dari 400 makalah dalam jurnal dan juga prosiding persidangan. Beliau juga telah terlibat dalam menguruskan persidangan antarabangsa di dalam dan luar negara sebagai Ketua Persidangan, Ahli Jawatan Kuasa Penganjuran, Ahli Jawatan Kuasa Penasihat dan macam-macam lagi. Beliau juga sering diundang sebagai Keynote Speaker dalam pelbagai persidangan di dalam mahupun di luar negara.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Muhamad Azlan, Hafizah
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Ibrahim, Anas
UNSPECIFIED
Chief Editor
Idrus, Juliana
UNSPECIFIED
Editor
Md Hasan, Ahmad Syauqi
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > Indexes (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering
Journal or Publication Title: Buletin Tahunan Fakulti Kejuruteraan Awam
ISSN: 2716-6325
Keywords: Buletin FKA, Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM
Date: 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68744
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 68744.pdf] Text
68744.pdf

Download (362kB)

ID Number

68744

Indexing

Statistic

Statistic details