Abstract
Pengangkutan awam adalah penting bagi orang ramai. Untuk menantikan kehadiran sesebuah kenderaan awam, tempat berteduh amatlah enting sementara menunggu kenderaan tersebut. Tempat perhentian kenderaan awam biasanya dipanggil " Perhentian bas ". Perhentian bas adalah satu kemudahan bagi orang awam sementara menantikan kehadiran bas untuk ke destinasi seterusnya. Kebanyakan rekabentuk " perhentian bas" yang sediada kurang di perbaharui rekaanya. Rekaan harus diperbaharui terutama di pusat Bandar, kerana pusat Bandar menjadi tumpuan bagi orang ramai yang terdiri dari semua golongan termasuk para pelancong. Sesuatu yang terdapat di pusat Bandar itu akan mencerminkan imej pusat Bandar tersebut, perhentian bas juga diambil kira. Jika perhentian bas rekaanya cantik, menarik dan berimej maka sesebuah pusat Bandar tersebut ditafsirkan sebagai Bandar yang berteknotogi. Jika sesebuah perhentian bas tidak berimej atau tidak menarik akan ditafsirkan sebaliknya. Dalam kajian perhentian bas, kerusi ditekankan untuk kajian ini. Kerusi merupakan objek yang penting dalam sesebuah perhentian bas bagi semua golongan masyarakat terutamnya warga tua, wanita mengandung, dan orang yang kurang upaya. Dalam rekaan kerusi perhentian bas tersebut aspek keselesaan, keselamatan, dan kepuasan adalah aspek paling penting untuk kegunaan orang awam. Rekabentuk yang memenuhi ciri-ciri tersebut dikelaskan sebagai rekabentuk yang tengkap dan setamat dugunakan. Bagi memperbaiki rekabentuk " kerusi menunggu perhentian bas " yang sediada kepada yang lebih menarik maka perlulah memperbaharui rekaanya berciri - cirikan teknologi tinggi direka bagi mengimejkan sesebuah perhentian bas dan mencerminkan identiti pusat Bandar.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Nazri, Sahima 2002131494 |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Furniture N Fine Arts > NK Decorative arts > Furniture > Furniture design |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design |
Programme: | Diploma Seni Lukis dan Seni Reka |
Keywords: | Pengangkutan awam, perhentian bas, kerusi menunggu, pelancong |
Date: | 2005 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68214 |
Download
68214.pdf
Download (160kB)