Abstract
Kertas kerja ini membincangkan pembangunan program keusahawanan agroteknologi di Universiti Teknologi MARA (Pahang). Objektif kertas kerja ini ialah mengetengahkan strategi memperolehi dana untuk membangunkan usahawan khususnya usahawan agroteknologi. Permasalahan semasa berkaitan penyelidikan adalah berkisar kepada peluang untuk mendapat sumber pembiayaan penyelidikan yang semakin sukar dan kompleks. Tanya adalah "lautan merah" di mana ramai penyelidik dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta dan agensi penyelidikan berusaha untuk mendapatkannya. Oleh itu, usaha merentasi "Iautan biru" perlu dilakukan bagi memastikan sejumlah dana diperolehi untuk memastikan program ini berjalan. Kejayaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) memperolehi anugerah sebagai sebuah universiti keusahawanan di Malaysia menyuntik semangat penyelidik untuk menyumbang idea dalam program keusahawanan. Bertitik tolak daripada visi dan misi universiti dalam melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing, kumpulan penyelidik UiTM (Pahang) telah berusaha dan berjaya memperolehi dana yang diperuntukan iaitu Dana Keusahawanan Sosial, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berjumlah RM100,000.00 pada tahun 2013. Dana ini bertujuan membangunkan usahawan agroteknologi melalui pendekatan kaedah kultur tisu dan fertigasi. Dalam program ini, sumber-sumber dalaman dan luar diintegrasikan bagi memastikan kejayaan memperolehi dana tersebut. Empat rangka kerja tindakan strategi lautan biru (SLB) iaitu penyingkiran, pengurangan, pengwujudan, dan peningkatan dalam mendapatkan dana dan membangunkan usahawan agroteknologi dibincangkan dalam kertas kerja ini.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mustaffa, Muzamil mmuzamil@pahang.uitm.edu.my Hashim, Sarina hsarina@pahang.uitm.edu.my Abdul Rahman, Muhammad Zahran zahran600@pahang.uitm.edu.my Mat, Mustafa Kamal muskamal@pahang.uitm.edu.my Mat Junos, Khairulbakri khairulbakri@pahang.uitm.edu.my Abdul Ahmid, Muhammad Hanif m_hanif@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia S Agriculture > S Agriculture (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2015 |
Event Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu |
Event Dates: | 4 November 2015 |
Page Range: | pp. 445-452 |
Keywords: | Agroteknologi, Universiti Teknologi MARA (Pahang), Usahawan |
Date: | 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68211 |