Peranan sahsiah dan tatasusila dalam melahirkan generasi cemerlang: satu tinjauan umum / Maisarah Ishak and Normilia Abd Wahid

Ishak, Maisarah and Abd Wahid, Normilia (2015) Peranan sahsiah dan tatasusila dalam melahirkan generasi cemerlang: satu tinjauan umum / Maisarah Ishak and Normilia Abd Wahid. In: KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu, 4 November 2015, Al-Biruni, UiTM Cawangan Pahang.

Abstract

Proses pendidikan masa kini seringkali dikaitkan dengan unsur penerapan nilai-nilai mumi dan pembentukan jati diri pelajar. Selari dengan falsafah pendidikan Negara 1986 untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab, penekanan kepada nilai-nilai adab dan akhlak dalam sistem pendidikan merupakan satu mekanisme untuk membangunkan pelajar yang cemerlang. Pembinaan sahsiah dan peribadi mulia perlu kerana pelajar hari ini akan menjadi pemimpin pada masa hadapan yang menjadi tonggak pembangunan negara. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap penghayatan nilai sahsiah para pelajar UiTM Pahang dari perspektif para pensyarah. Kajian ini melibatkan sejumlah 32 sampel kajian yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah UiTM Pahang yang mempunyai pengalaman serta tahun pengajaran yang berbeza mengikut fakulti serta jabatan masing-masing. Maklumat kajian diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan kepada semua sampel yang terlibat. Melalui hasil kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi memantapkan lagi amalan penghayatan nilai sahsiah dan tatasusila yang sedia ada bagi menjamin proses pengajaran serta pembelajaran yang berkualiti untuk melahirkan para graduan yang mempunyai nilai-nilai murni.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ishak, Maisarah
maisarahishak@pahang.uitm.edu.my
Abd Wahid, Normilia
normiIia@pahang.uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Human behavior. Behaviorism. Neobehaviorism. Behavioral psychology
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: KONAKA Konferensi Akademik 2015
Event Title: KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu
Event Dates: 4 November 2015
Page Range: pp. 439-444
Keywords: Nilai murni, pendidikan, sahsiah
Date: 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68210
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 68210.PDF] Text
68210.PDF

Download (12MB)

ID Number

68210

Indexing

Statistic

Statistic details