Kemalangan jalan raya di persimpangan: kajian kes di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang / Mohd Faizal Azrul Azwan Muhamed … [et al.]

Muhamed, Mohd Faizal Azrul Azwan and Mohd Zaki, Suhanom and Ramli, Noor Affeeda and Mohamed Badri, Shamsul Nizam and Mat Yunus, Nor Khairunnisa (2015) Kemalangan jalan raya di persimpangan: kajian kes di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang / Mohd Faizal Azrul Azwan Muhamed … [et al.]. In: KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu, 4 November 2015, Al-Biruni , UiTM Cawangan Pahang.

Abstract

Kemalangan jalan raya merupakan satu permasalahan yang serius yang dihadapi oleh negara pada masa kini. Statistik angka kemalangan jalan raya semakin meningkat berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia (MIROS). Akibat daripada kemalangan ini, ia membawa implikasi yang besar terutama kepada negara serta keluarga mangsa. Implikasi pelbagai aspek sosio-ekonomi yang bukan sahaja melibatkan kehilangan nyawa malah ia merupakan satu kerugian kepada kehilangan kualiti kehidupan. Lantaran daripada itu, satu kajian kes telah dilaksanakan untuk menyiasat punca utama kemalangan jalan raya. Kajian kes ini dilakukan di Bandar Pusat Jengka, Pahang. Sebanyak 50 borang soal selidik telah diedarkan kepada individu yang juga pengguna jalan raya di sekitar Bandar Pusat Jengka. Teknik pensampelan mudah digunakan. Data-data telah dianalisa dengan menggunakan SPSS versi 20.0 iaitu statistik deskriptif. Dapatan kajian diharapkan dapat memberi satu maklumat lengkap tentang punca kemalangan jalan raya yang dapat digunakan oleh ahli akademik untuk membantu dalam mengurangkan angka statistik kemalangan jalan raya di Malaysia. Hasil daripada kajian ini mendapati punca kepada berlakunya kemalangan di persimpangan jalan raya adalah daripada sikap pemandu itu sendiri dengan 86% yang bersetuju dengan pernyataan itu. Dalam pada itu, objektif kajian ini untuk mengenalpasti punca kepada kemalangan jalan raya adalah tercapai.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Muhamed, Mohd Faizal Azrul Azwan
faizalazrul@pahang.uitm.edu.my
Mohd Zaki, Suhanom
suhanom@pahang.uitm.edu.my
Ramli, Noor Affeeda
affeda@pahang.uitm.edu.my
Mohamed Badri, Shamsul Nizam
shamsulnizam@pahang.uitm.edu.my
Mat Yunus, Nor Khairunnisa
norkhairunnisa@pahang.uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HA Statistics > Theory and method of social science statistics > Surveys. Sampling. Statistical survey methodology
H Social Sciences > HA Statistics > Theory and method of social science statistics > Data processing. Including SPSS
H Social Sciences > HE Transportation and Communications > Traffic accidents
H Social Sciences > HE Transportation and Communications > Traffic accidents > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: KONAKA Konferensi Akademik 2015
Event Title: KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu
Event Dates: 4 November 2015
Page Range: pp. 321-328
Keywords: Keadaan jalan, keadaan kenderaan, kemalangan jalan raya, sikap pemandu, sistem trafik
Date: 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68174
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 68174.PDF] Text
68174.PDF

Download (15MB)

ID Number

68174

Indexing

Statistic

Statistic details