Hikmah Corona daripada kaca mata seorang pendidik / Ja’izah Abdul Jabar and Wan Mardyatul Miza Wan Tahir

Abdul Jabar, Ja’izah and Wan Tahir, Wan Mardyatul Miza (2021) Hikmah Corona daripada kaca mata seorang pendidik / Ja’izah Abdul Jabar and Wan Mardyatul Miza Wan Tahir. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban.

Abstract

Kemegahan, kebanggaan dan kegemilangan 2020 yang diimpikan bertukar menjadi satu contengan kedukaan dengan penularan pandemik covid-19. Wabak bawaan coronavirus ini telah melumpuhkan hampir keseluruhan industri dunia. Sektor penerbangan dan pelancongan seakan remuk teruk. Pelaksanaan kuarantin dan perintah kawalan pergerakan (PKP) menjadikan Bandaraya megah dunia sepi seketika bagai apa yang digambarkan melalui filem I Am Legend, lakonan James Smith pada tahun 2007. Justeru, bermulalah norma baru yang perlu diadaptasi sebaiknya demi kelangsungan sebuah kehidupan. Pelaksanaan PKP mencetus pendekatan baru dunia pendidikan. Masakan tidak, kaedah pengajaran konservatif yang sudah sebati dalam diri setiap warga institusi pendidikan perlu dirombak. Keluh kesah mula tular sekata media massa. Masyarakat mula dimomokkan dengan kebarangkalian gagalnya pengajaran dan pembelajaran secara maya. la lantas mengundang minda berfikir mencari kelemahan dan kekurangan pendekatan ini sehingga akhirnya gagal untuk melihat hikmah yang tersembunyikan di sebalik ‘puzzle’ Pandemik ini. Catatan serba ringkas ini mengajak para pembaca merenung sejenak apakah hikmah di sebalik serangan pandemik Covid-19 khususnya kepada golongan pendidik.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Jabar, Ja’izah
UNSPECIFIED
Wan Tahir, Wan Mardyatul Miza
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin FPN 1
ISSN: 2805-4539
Keywords: Hikmah, Corona, kaca mata, pendidik
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68168
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 68168.pdf] Text
68168.pdf

Download (563kB)

ID Number

68168

Indexing

Statistic

Statistic details