Abstract
Penulisan ini adalah sebagai peringatan kepada diri sendiri bahawa kehidupan adalah satu pusingan yang pengakhirannya pasti seperti mana ucapan “Inna lillahi wa inna illayhi raji’un.” Gambar dari Facebook Galeri Sentuhan Arif San yang menjelaskan “Saat kita dikunjungi dan dikelilingi orang ramai” mencetus nukilan kitaran kehidupan permulaan dan pengakhiran yang selari dan seakan- akan sama. Intipati penulisan ini adalah pengalaman sendiri, pembacaan, pemerhatian serta perkongsian daripada rakan-rakan dan keluarga. Terdapat beberapa surah Al Quran yang merujuk kepada asal usul kejadian manusia. Petikan dari Surah Al-Ghafir, ayat 67 yang bermaksud “Dialahyang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari Seeitiis) iirbeemh, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging; kemudian la mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua. Dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan); dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan)” menjelaskan peralihan proses perkembangan manusia dari asal usul kejadian seterusnya lahir membesar sehingga tua dan akhirnya menemui Pencipta. Secara lazimnya, bermula dengan kegembiraan menyambut kelahiran dan berakhir dengan kesedihan apabila menghadapi kematian.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md Noor, Noryati UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin FPN 1 |
ISSN: | 2805-4539 |
Keywords: | Kitaran kehidupan, Facebook, Galeri Sentuhan Arif San, |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68164 |