Memahami hak-hak pekerja menurut perspektif undang-undang konvensional dan syariah di Malaysia / Mohamad Sabri Yusof and Mohd Kamal Azman Jusoh

Yusof, Mohamad Sabri and Jusoh, Mohd Kamal Azman (2015) Memahami hak-hak pekerja menurut perspektif undang-undang konvensional dan syariah di Malaysia / Mohamad Sabri Yusof and Mohd Kamal Azman Jusoh. In: KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu, 4 November 2015, Al-Biruni , UiTM Cawangan Pahang.
Abstract

Salah satu faktor penentu kejayaan sesebuah organisasi adalah keperluan untuk mewujudkan hubungan baik dan semangat 'espri de corp' antara majikan dan pekerja. Majikan perlu memahami bahawa golongan pekerja tak mengira pangkat adalah aset penting kepada sesebuah entiti. Salah satu penyebab yang mengeruhkan hubungan baik dan semangat kerjasama kukuh dalam sesebuah organisasi adalah kerana gagalnya pihak majikan dan pegawai-pegawai peringkat atasan memahami tentang hak-hak pekerja. Sikap tidak perihatin dan sensitif terhadap kebajikan pekerja yang pelbagai, baik dari latar pendidikan, pengalaman, jantina, bangsa, nilai budaya serta agama merumitkan keadaan semasa. Hal ini. dikeruhkan lagi oleh kurangnya pengetahuan oleh pihak sesetengah pekerja akan hak-hak dan tanggungjawab mereka sendiri yang termaktub dalam undang-undang di Malaysia dan juga dalam Piagam Antarabangsa Hak-Hak Pekerja. Kertas kerja ini yang berbentuk kualitatif akan mengupas hak pekerja menurut perspektif konvensional dan Islam.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 68161.PDF]
Text
68161.PDF
Download (14MB)
Indexing & Metrics