Realiti aplikasi dialog antara agama di Malaysia: kajian terhadap Inter-Faith Spiritual Fellowship (INSaF) dan Pusat Dialog Peradaban (PDP) / Khairulnizam Mat Karim and Suzy Aziziyana Saili

Mat Karim, Khairulnizam and Saili, Suzy Aziziyana (2008) Realiti aplikasi dialog antara agama di Malaysia: kajian terhadap Inter-Faith Spiritual Fellowship (INSaF) dan Pusat Dialog Peradaban (PDP) / Khairulnizam Mat Karim and Suzy Aziziyana Saili. In: Proceedings STSS 2008 Broadening Horizons Through Research Social Sciences, 3 – 4 June 2008, M.S Garden Hotel Kuantan, Pahang.

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji dan meneliti realiti aplikasi dialog antara agama yang berkembang di Malaysia dengan bersandarkan kepada maklumat-maklumat daripada dua organisasi yang dilihat sebagai peneraju utama (leading organisation) di dalam perlaksanaan dialog antara agama yang berlaku di Malaysia. Dalam hasil kajian penulis yang berasingan sebelum ini didapati bahawa faktor utama ke arah pelaksanaan dialog antara agama di Malaysia adalah disebabkan oleh pelaksanaan Dasar Islamisasi yang digagaskan oleh pihak kerajaan pada tahun 1980an. Ini adalah kerana pelaksanaan dasar tersebut telah menimbulkan kerisauan masyarakat bukan Muslim terhadap kebebasan beragama di Malaysia termasuk pelbagai isu-isu lain. Maka dengan ini realiti dialog yang berlaku di peringkat awal adalah lebih kepada tuntutan pihak bukan Muslim dalam pelbagai isu untuk menjamin kehidupan mereka sebagai rakyat Malaysia sebagaimana yang termaktub di dalam Artikel II Perlembagaan Malaysia. Manakala kajian terhadap Inter-Faith Spiritual Fellowship (INSaF) dan Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya (PDP), pelaksanaan dialog antara agama kini amat berbeza kerana ia merupakan suatu keperluan di dalam kehidupan masyarakat yang berbilang agama, bangsa dan budaya. Justeru dengan menggunakan metode dokumentasi dalam proses mengumpul data kajian mendapati kini aplikasi dialog antara agama adalah pelbagai seperti Seminar/Persidangan, Syarahan/Kuliah Umum, Projek/Aktiviti Usaha sama, Kursus/Kelas Pengajian Agama-agama, Majlis Dialog/Forum dan Bengkel. Oleh itu penyertaannya meliputi Badan Kerajaan, Badan-badan agama, Badan-Bukan Kerajaan, Ahli Akademik dan juga masyarakat umum. Walau bagaimanapun kajian mendapati penglibatan organisasi Islam dan masyarakat Muslim adalah amat rendah berbanding organisasi bukan islam dan masyarakat bukan Muslim.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mat Karim, Khairulnizam
KhairulNizam@uniten.edu.my
Saili, Suzy Aziziyana
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research > Malaysia
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Organization
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Proceedings STSS 2008
Event Title: Proceedings STSS 2008 Broadening Horizons Through Research Social Sciences
Event Dates: 3 – 4 June 2008
Page Range: pp. 159-169
Keywords: Dialog antara agama, Hubungan kaum, Islam
Date: 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68156
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 68156.PDF] Text
68156.PDF

Download (4MB)

ID Number

68156

Indexing

Statistic

Statistic details