Ejen parti politik dalam pilihan raya dewan undangan negeri (Dun) Sarawak 2006: ciri-ciri dan keberkesanannya / Noni Harianti Junaidi, Arenawati Sehat Omar and Junaidi @ Saudi Narani

Junaidi, Noni Harianti and Omar, Arenawati Sehat and Narani, Junaidi @ Saudi (2008) Ejen parti politik dalam pilihan raya dewan undangan negeri (Dun) Sarawak 2006: ciri-ciri dan keberkesanannya / Noni Harianti Junaidi, Arenawati Sehat Omar and Junaidi @ Saudi Narani. In: Proceedings STSS 2008 Broadening Horizons Through Research Social Sciences, 3 – 4 June 2008, M.S Garden Hotel Kuantan, Pahang.

Abstract

Penekanan kepada konsep pembangunan modal insan bukanlah perkara baru dalam dunia yang semakin kompetitif. Penerapan ciri-ciri modal insan yang berdaya saing perlu diberi penelitian oleh semua pihak bagi kepentingan bersama. Modal insan yang berdaya saing mampu mencipta, menjana dan membangunkan kepakaran serta kemahiran mereka dalam sesebuah organisasi sejajar dengan kehendak pasaran dan tuntutan globalisasi dan ini menjadi tuntutan dalam arus perkembangan sains, teknologi dan sains sosial yang pesat pada masa kini. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti ciri-ciri ejen parti-parti politik di dalam menyampaikan keperluan - keperluan organisasi semasa pililian raya. Ejen calon kepada parti politik pula merujuk kepada mereka yang dilantik oleh calon bagi sesebuah parti dan mereka bergiat aktif semasa pilihan raya diadakan. Tidak dapat dinafikan bahawa ejen-ejen ini telah memainkan peranan serta memberi sumbangan yang penting kepada keberkesanan sesebuah kempen pilihan raya parti dan mereka merupakan jentera pilihan raya sebelum, semasa dan selepas proses pilihan raya. Sebanyak 36 daripada 71 set soal selidik telah diterima daripada Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan Penolong Pengurus Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak 2006. Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa ejen-ejen bagi parti politik ini mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, mempunyai ilmu pengetahuan yang diperlukan dan memiliki kompetensi interpersonal yang baik. Mereka juga perlu dilatih dengan kemahiran pengurusan yang relevan. Pada amnya, kelayakan-kelayakan sebegini dikehendaki bagi pemilihan para pekerja atau ejen-ejen yang berminat untuk bekerja demi kepentingan parti, dan sudah pasti ia adalah aset untuk sesebuah kerajaan atau Suruhanjaya Pilihan Raya dalam menguruskan sesebuah pilihan raya dengan jayanya pada masa akan datang.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Junaidi, Noni Harianti
noniehj@sarawak.uitm.edu.my
Omar, Arenawati Sehat
arenasomar@sarawak.uitm.edu.my
Narani, Junaidi @ Saudi
saudina@sarawak.uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Organization
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Leadership. Transformational leadership
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Leadership. Transformational leadership > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Proceedings STSS 2008
Event Title: Proceedings STSS 2008 Broadening Horizons Through Research Social Sciences
Event Dates: 3 – 4 June 2008
Page Range: pp. 143-150
Keywords: Ejen parti politik, Ciri-ciri, Pilihan raya
Date: 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68090
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 68090.PDF] Text
68090.PDF

Download (3MB)

ID Number

68090

Indexing

Statistic

Statistic details