Abstract
Kajian ini adalah menjurus kepada perbandingan antara pelajar yang mempelajari matematik dengan kaedah tradisional dan pelajar yang mempelajari matematik dengan kaedah bekerjasama dalam satu kumpulan kecil yang menggabungkan pelajar cemerlang, sederhana dan lemah sebagai salah satu cara untuk meningkatkan prestasi pencapaian pelajar. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengatasi masalah pencapaian yang kurang memuaskan di kalangan pelajar pra-sains di UiTM Pahang dalam kursus matematik. Dua kumpulan pelajar telah dipilih secara rawak dari dua semester berbeza sebagai sampel kajian. Dapatan kajian menunjukkan purata markah ujian dan peperiksaan akhir pelajar yang belajar sccara berkumpulan lebih tinggi berbanding pelajar yang belajar secara individu. Namun, ujian menunjukkan tiada perbezaan purata markah yang bererti di antara dua kaedah. Walaubagaimanapun, purata markah pelajar yang belajar berkumpulan lebih konsisten berbanding belajar secara individu dengan ukuran serakan yang kecil. Justeru itu, belajar matematik secara berkumpulan berpotensi dikembangkan lagi perlaksanaannya untuk meningkatkan pencapaian pelajar, merapatkan jurang kefahaman antara pelajar cemerlang dan pelajar lemah selain mampu memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan diri.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Tarmuji, Nor Habibah norhabibah@pahang.uitm.edu.my Abdullah, Nurhidayah Masni nurhidayah@pahang.uitm.edu.my Ahmad, Salimah salimah@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Group work in education L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2015 |
Event Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu |
Event Dates: | 4 November 2015 |
Page Range: | pp. 177-181 |
Keywords: | Pembelajaran berkumpulan, perbandingan, purata markah, ukuran serakan |
Date: | 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68057 |