Kajian rekabentuk teknik ukiran pada komponen dinding rumah tradisional Terengganu / Normadiana Mohammad Hanapi … [et al.]

Mohammad Hanapi, Normadiana and Mohd Kamal, Mohd Mawardi and Nordin, Noli Maishara and Yaccob, Ahmad Amzari (2015) Kajian rekabentuk teknik ukiran pada komponen dinding rumah tradisional Terengganu / Normadiana Mohammad Hanapi … [et al.]. In: KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu, 4 November 2015, Al-Biruni , UiTM Cawangan Pahang.

Abstract

Rumah tradisional Terengganu memiliki seni kehalusan perincian ukiran kerawang yang berasaskan flora pada papan cantik sehinggalah ke segenap pelusuk binaan rumah. Kehebatan struktur simbolisme ini dianggap sebagai karya agung yang penuh dengan nilai-nilai estetika tanpa mengabaikan fungsi ruang dan binaan rumah tersebut. Keunikan dan keindahan seni pertukangan rumah tradisional Terengganu ini bukan hanya sekadar merujuk kepada seni ukiran semata-mata, malahan teknik penghasilan komponen struktur utama, komponen bukaan seperti tingkap dan pintu turut bersandarkan kepada adat dan juga kepercayaan keagamaan yang kuat. Justeru itu, kajian ini dikhususkan kepada keunikan teknik ukiran komponen panel dinding bagi rumah tradisional Terengganu yang menerapkan ukiran yang bermotifkan flora, kaligrafi dan geometri. Dapatan kajian ini adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi dari temu ramah dan perbincangan dengan badan-badan sejarah yang terlibat terutama pihak Muzium Negeri Terengganu dan individu perseorangan serta hasil lawatan tapak yang dilakukan. Secara amnya, ukiran yang lazim digunakan adalah "ukiran Sesayap" dan "ukiran Ketam Guri". Hasil daripada kajian ini dilihat dapat memberi perspektif baru dan ianya mampu memberi impak positif kepada generasi muda tanahair untuk mendokong dan mempertahankan seni warisan Melayu tradisional.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohammad Hanapi, Normadiana
normadiana@pahang.uitm.edu.my
Mohd Kamal, Mohd Mawardi
mawardikamal@pahang.uitm.edu.my
Nordin, Noli Maishara
nolimaisara@pahang.uitm.edu.my
Yaccob, Ahmad Amzari
amzari@pahang.uitm.edu. my
Subjects: T Technology > TH Building construction > Malaysia
T Technology > TH Building construction > Walls
T Technology > TH Building construction > Decoration and decorative furnishings
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: KONAKA Konferensi Akademik 2015
Event Title: KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu
Event Dates: 4 November 2015
Page Range: pp. 37-43
Keywords: Kerawang, Rumah tradisional, Struktur simbolisme, Ukiran ketam guri, Ukiran sesayap
Date: 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67945
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 67945.PDF] Text
67945.PDF

Download (3MB)

ID Number

67945

Indexing

Statistic

Statistic details