Abstract
Pandemik Covid-19 telah memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di Malaysia secara keseluruhannya daripada peringkat sekolah sehinggalah di peringkat institusi pengajian tinggi. Universiti Teknologi Mara (UiTM) secara rasminya menggunakan mod pembelajaran terbuka dan jarak jauh atau Online Distance Learning (ODL) sepenuhnya bermula semester Mac 2020 yang lepas sehinggalah semester Mac 2021 tahun ini. Bukan sahaja proses PdP yang dilaksanakan secara maya atau atas talian malahan proses penilaian seperti kuiz, ujian, tugasan bertulis dan pembentangan lisan serta peperiksaan akhir juga dijalankan secara jarak jauh dan di atas talian. Pelbagai isu yang menjadi cabaran kepada pihak universiti untuk memastikan perjalanan proses penilaian dan peperiksaan yang dijalankan setanding kualiti peperiksaan secara konvensional. Di antaranya adalah dalam memastikan soalan penilaian dan peperiksaan yang disediakan mencapai standard piawaian dan jadual spesifikasi ujian yang telah ditetapkan, tiada kebocoran soalan, isu plagiat, medium atau platform peperiksaan secara atas talian yang diguna pakai sehinggalah mengenal pasti tahap capaian internet pelajar itu sendiri.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Tahir, Wan Mardyatul Miza UNSPECIFIED Abdul Jabar, Ja’izah UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals L Education > LB Theory and practice of education > Blended learning. Computer assisted instruction. Programmed instruction P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin FPN 1 |
ISSN: | 2805-4539 |
Keywords: | pelajar, peperiksaan, kursus perakaunan |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67826 |