Abstract
Industri batik yang dulu lebih dikenali sebagai industri kampung kini telah diiktiraf sebagai satu industri yang memberikan sumbangan yang membanggakan kepada negara. Kewujudan teknologi komputer yang khusus direka untuk industri batik iaitu ICATS dan perisian Atex Design sepatutnya digunakan sepenuhnya oleh pengusaha batik. Tambahan pula, penggunaan Internet seharusnya memberikan peluang yang lebih besar bagi pengusaha batik untuk mempromosikan produk mereka seterusnya mewujudkan peluang-peluang perniagaan baru. Malah kebanyakan agensi kerajaan yang menawarkan bantuan kepada pengusaha tempatan turut menyalurkan maklumat perkhidmatan melalui laman web. Justeru, pengusaha batik perlu memastikan mereka tidak ketinggalan dalam merebut peluang yang dibawa oleh arus kemajuan teknologi terkini. Malangnya, tiada kajian yang khusus telah dibuat ke atas pengusaha-pengusaha batik mengenai tahap pengetahuan mereka dalam penggunaan pebagai teknologi komputer. Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap pengetahuan pengusaha-pengusaha batik dalam penggunaan teknologi komputer dan tahap penggunaan teknologi komputer di dalam industri batik. Hasil kajian mendedahkan 70 peratus pengusaha batik langsung tidak tahu menggunakan komputer. Namun demikian, kebanyakan pengusaha bersetuju teknologi komputer membawa banyak kelebihan terutamanya penggunaan Internet. Kajian juga mendapati kebanyakan pengusaha batik berminat untuk memohon program bantuan penerapan dan peningkatan ICT yang ditawarkan oleh agensi kerajaan seperti SMIDEC.
Metadata
Download
67821.pdf
Download (179kB)