Abstract
Kecemerlangan pelajar dalam pengajian tinggi merupakan tunjang pembentukan modal insan yang berkualiti bagi membangunkan Negara ke arah mencapai status Negara maju. Kecemerlangan ini bukan hanya dilihat melalui latarbelakang dan sikap pelajar terhadap pembelajaran tetapi juga meliputi aspek persekitaran pembelajaran yang kondusif. Keadaan persekitaran pembelajaran yang kondusif sedikit sebanyak membantu para pelajar untuk belajar dengan lebih selesa dan fokus dalam pengajiannya. Antara salah satu aspek yang terangkum dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah penyediaan bahan-bahan rujukan yang mencukupi kepada para pelajar. Menyedari kepentingan bahan pembelajaran yang mencukupi ini, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM Melaka telah mengambil inisiatif menghasilkan nota pengajaran yang mudah dan berinformatif bagi subjek CTU 151. Nota mudah yang dihasilkan ini dapat membantu para pelajar dan pensyarah dalam membuat rujukan dan persediaan ke kelas. Ini bertepatan dengan konsep Outcome Based Education (OBE) yang diamalkan di UiTM di mana para pelajar dan pensyarah memerlukan persediaan awal bagi memastikan komunikasi dua hala dapat dilaksanakan dengan baik. Dengan penghasilan nota ini para pelajar dapat memahami subjek CTU 151 dengan lebih mudah dan menyenangkan. Selain itu ia juga dilihat mempunyai peluang untuk dikormesialkan kepada CITU UiTM seluruh Malaysia. Justeru penyertaan dalam RIID 2012 ini adalah untuk mengetengahkan hasil inovasi pihak CITU UiTM Melaka.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Nordin, Rawi UNSPECIFIED Abd Wahab, Nor Azlina UNSPECIFIED Che Man, Norajila UNSPECIFIED Ahmad Ubaidah, Ahmad Faiz UNSPECIFIED Ayub, Mohamad Shafiei UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies > Affective education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Methods of study L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka |
Event Title: | RIID 2012: Innovation For Sustainable Growth |
Event Dates: | 7-8 November 2012 |
Page Range: | p. 86 |
Keywords: | Kecemerlangan pelajar; Modal insan ; Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam; UiTM |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67442 |