Pertandingan Video Kreatif ELC550 / Sheela Paramasivam ... [et al.]

Paramasivam, Sheela and Adnan, Afni Anida and Zainal Abidin, Amirah Nabihah and Hassan, Fatin Aliyah and Amzah, Rodhiah and Saleh, Noor Shahariah (2022) Pertandingan Video Kreatif ELC550 / Sheela Paramasivam ... [et al.]. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban.

Abstract

Pada 26 Januari sehingga 4 Februari 2022, pihak Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi Mara Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban telah menganjurkan satu pertandingan Video Kreatif bagi para pelajar yang berdaftar dengan kod subjek ELC550, iaitu Bahasa Inggeris untuk Penulisan Akademik (English for Academic Writing). Pertandingan video kreatif ini merupakan satu pertandingan berbentuk pembelajaran dalam talian (online learning), di mana semua pelajar yang mengambil subjek ELC550 dikehendaki menghasilkan sebuah video berdurasi 15 hingga 20 minit yang memaparkan pembentangan poster mereka. Tugasan ini juga merupakan sebahagian daripada penilaian mereka (Assessment 2). ELC550 memperkenalkan para pelajar mengenai selok belok penulisan berunsurkan akademik. Antara kandungan yang dipelajari adalah pembentukan semula frasa (paraphrasing), pemilihan isi kandungan yang penting serta kaedah rujukan atau ‘referencing’ yang betul. Salah satu daripada tiga penilaian utama di dalam kod subjek ini adalah penghasilan poster yang terhasil melalui pemilihan intipati utama berdasarkan pembacaan daripada 4 artikel jurnal utama, yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih. Setelah penghasilan poster, pelajar dikehendaki membuat satu pembentangan tentang poster tersebut.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Paramasivam, Sheela
UNSPECIFIED
Adnan, Afni Anida
UNSPECIFIED
Zainal Abidin, Amirah Nabihah
UNSPECIFIED
Hassan, Fatin Aliyah
UNSPECIFIED
Amzah, Rodhiah
UNSPECIFIED
Saleh, Noor Shahariah
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
P Language and Literature > PN Literature (General)
Journal or Publication Title: Bulletin APB Edisi 8
ISSN: 2682-7948
Keywords: Video, ELC550, Universiti Teknologi Mara
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67289
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 67289.pdf] Text
67289.pdf

Download (330kB)

ID Number

67289

Indexing

Statistic

Statistic details