Abstract
Malaysia telah menjadi negara untuk berlindung bagi pelarian yang berasal dari dalam atau luar Asia Tenggara. Namun, Malaysia tidak meratifikasikan Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1 967 malah Akta Imigrasi 1 959/63 yang telah digubal juga tidak menyatakan dengan jelas perihal layanan ke atas pelarian. Namun, atas prinsip kemanusiaan, kerajaan Malaysia telah menandatangani Deklarasi Sejagat Untuk Hak Asasi Manusia (UDHR) pada tahun 1 948. Selain itu, semasa Persidangan Dunia PBB Bagi Hak Asasi Manusia di Vienna pada tahun 1 993 kerajaan telah menegaskan komitmennya terhadap Deklarasi Hak Asasi Manusia (HAM). Hal ini telah diperkukuhkan melalui Seksyen 4 (4) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Akta 597) yang membenarkan kerajaan untuk mempertimbangkan penggunaan Artikel 14 UDHR dalam menangani masalah pelarian selagi ia tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan. Artikel 14 UDHR adalah berkaitan hak pelarian untuk mendapatkan perlindungan suaka daripada negara lain. Hal ini sejajar dengan komitmen kerajaan Malaysia melalui kaedah non-refoulement seperti kenyataan Mantan Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin iaitu: “...Justeru, sekiranya hasil siasatan juga mendapati bahawa PATI etnik Rohingya tersebut memerlukan perlindungan antarabangsa berdasarkan kepada prinsip non-refoulement yang diguna pakai di peringkat antarabangsa dan pengecualian yang diberikan kepada warga asing yang mungkin memerlukan perlindungan antarabangsa oleh pihak UNHCR, atas dasar kemanusiaan, golongan ini mungkin tidak diusir dan dibenarkan untuk berada secara sementara di dalam negara sehingga mereka ini ditempatkan ke negara ketiga yang lain atau pulang ke negara asal apabila krisis di wilayah Rakhine, Myanmar mulai reda."
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Arshad, Dr. Mohd Ramlan UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Bulletin APB Edisi 8 |
ISSN: | 2682-7948 |
Keywords: | Pendidikan, Pelarian Tidak Berkerakyatan, PTB, APB |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66990 |