Denim kajian dan faktor-faktor perkembangannya dalam stail pemakaian / Norhafiza Mohd

Mohd, Norhafiza (2001) Denim kajian dan faktor-faktor perkembangannya dalam stail pemakaian / Norhafiza Mohd. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA, Kelantan.

Abstract

Denim atau jeans di katakan sebagai sejenis fabrik yang unggul. Ini dapat dibuktikan dengan kewujudannya dalam dunia pakaian sejak 135 tahun lalu, iaitu satu jangka masa yang agak lama untuk sesejenis fabrik dapat bertahan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji fabrik ini dengan lebih mendalam,sekaligus mengikuti perkembangannya dalam berbagai stail pemakaian terkini. Aspek-aspek lain yang turut dikaji termasuklah sedikit latarbelakang fabrik denim dan juga faktor-faktor utama yang menyebabkan fabrik ini terus bertahan lama dan semakin diminati sehingga kini. Dalam membuat kajian ini,berbagai kaedah kajian telah digunakan. Antaranya adalah seperti membuat pemerhatian dan temuramah ke atas beberapa responden yang terlibat,membuat sedikit penyelidikan ke atas beberapa kajian lampau serta mengumpul data-data berkaitan dari bahan-bahan rujukan tertentu dan juga dari halaman-halaman internet. Hasil dari kajian dan analisa data yang dibuat.jelas didapati bahawa fabrik denim merupakan sejenis fabrik yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang sememangnya menjadi faktor-faktor yang kukuh untuk ianya terus menjadi fabrik yang unggul.Oleh itu,untuk memastikan supaya segala ciri-ciri keistimewaan yang terdapat pada fabrik denim ini terus berkekalan dan supaya stail pemakaian fabrik ini terus berkembang,beberapa unsur cadangan juga turut dibuat pada akhir penulisan tesis ini, antaranya seperti memberi saranan kepada pengusaha-pengusaha fabrik denim agar terus mengembangkan lagi jenis-jenis serta konsep-konsep rekaan terbaru fabrik ini. Segala unsur-unsur cadangan yang dibincangkan tersebut diharap sedikit-sebanyak dapat menjadi panduan yang berguna dalam kajian dan penyelidikan terhadap fabrik denim pada masa akan datang.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd, Norhafiza
97185972
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Sakijan, Danuri
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Costume. Dress. Fashion
N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design > Special subjects for design
T Technology > TS Manufactures > Textile fabrics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Art and Design
Programme: Ijazah Sarjana Muda Senireka (Tekstil)
Keywords: Fabrik, fabrik denim, pakaian, kajian dan penyelidikan
Date: 2001
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66651
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 66651.pdf] Text
66651.pdf

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

66651

Indexing

Statistic

Statistic details