Abstract
Di dalam membicarakan tajuk tesis ini, ianya dapat difahami lagi tentang penjelasan yang berkaitan dengan penggunaan daun pandan dan mengkuang terhadap sesuatu barangan Sesuatu motif atau corak yang terdapat pada anyaman mempunyai kepent1ngan dan keunikan yang tersendiri. Ini kerana sesuatu anyaman dapat memaparkan kebudayaan masyarakat itu sendiri dalam mewujudkan warisan masyarakat Melayu.Anyaman dibuat dalam bentuk yang pelbagai misalkata seperti tikar, bakul, bekas alatulis dan sebagainya dengan menggunakan tulang empat kerat atau hasil kerjatangan penganyam itu sendiri. Pelbagai unsur-unsur motif yang digunakan seperti motif abstrak, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan nama manusia Penganyam memerlukan masa yang agak panjang bagi menghasilkan anyaman yang sukar. Berkat kesabaran, ketekunan serta dedikasi penganyam dapat menghasilkan sesuatu barangan yang bermutu. Selain dapat memperjelaskan tentang reka corak tujuan tesis ini juga di buat untuk melatih disamping dapat mendalami lagi pemikiran daya kreativiti para pelajar terhadap sesuatu bentuk keadaan yang berlaku pada sesuatu kesenian itu. Fakta-fakta yang terkandung juga sekurang-kurangnya dapat memberi pengajaran yang berilmu untuk dinilai bukan sahaja kepada para pelajar tetapi juga kepada semua golongan yang ingin menambahkan pengetahuan terhadap bidang ini. Dalam membuat penyelidikan tentang penghasilan anyaman, kaedah penyelidikan tertentu dijalankan. lanya merangkumi berbagai cara sama ada kaedah rujukan dan penyelidikan pada sumber-sumber rnjukan seperti majalah-majalah, buku-buku dan bahan-bahan lain. Selain itu, kaedah penyelidikan yang lain juga dijalankan
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Omar, Muhammad Rizuan 97185661 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Zawawi, Nik Abdullah UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Rugs. Carpets N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design > Other arts and art industries T Technology > TS Manufactures > Weaving |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Art and Design |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Senilukis dan Senireka |
Keywords: | daun pandan, mengkuang, keunikan, anyaman |
Date: | 2001 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66638 |
Download
66638.pdf
Download (944kB)