Abstract
Kajian ini merupakan satu tinjauan mengenai unsur - unsur mistik yang terdapat dalam persembahan tarian kuda kepang. Kajian ini meliputi tentang kewujudan unsur - unsur yang terdapat dalam persembahan tarian kuda kepang termasuklah pengaruh- pengaruh serta kesannya. Dalam melakukan kajian ini, kaedah penyelidikan perpustakaan, internet dan temuramah seramai 7 orang penggiat seni, seorang tokoh budayawan dan 2 orang jurulatih penari telah dilakukan untuk mendapatkan maklumat. Lokasi kajian ini tertumpu di daerah Johor Bahru, Johor. Hasil keputusan kajian menunjukkan bahawa wujudnya unsur - unsur mistik selain daripada pengaruh - pengaruh yang terdapat dalam persembahan tarian ini yang membawa kesan mendalam terhadap si penari dan persembahan tarian ini sendiri. Unsur - unsur mistik dalam persembahan tarian ini membuatkan persembahan tarian ini mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri berbanding dengan tarian - tarian tradisional yang lain di negara ini.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Rahman, Sarah Rohaida 97185759 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Idris, Dahuri UNSPECIFIED |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Dance G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Dance > National dances. Folk dances and dancing |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Art and Design |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Senireka (Tekstil) |
Keywords: | Tarian kuda kepang, mistik, tokoh budayawan, penari, tradisional |
Date: | 2001 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66637 |
Download
![[thumbnail of 66637.pdf]](https://ir.uitm.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
66637.pdf
Download (864kB)
Digital Copy
Physical Copy

ID Number
66637
Indexing

