Abstract
Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti sejauhmana songket di Kelantan pada masa kini mendapat sambuatan daripada masyarakat Melayu di Kelantan. Dalam melakukan kajian ini, kaedah temuramah telah di lakukan dan ia dilakukan terhadap lima orang penenun songket, tiga orang pengusaha songket, tiga orang peniaga songket, dan empat orang peminat songket. Lokasi kajian ini tertumpu di sekitar Kempung Penambang, Kota Bharu, Kelantan. Hasil keputusan kajian ini menunjukkan bahawa terdapatnya songket kurang mendapat sambutan dikalangan masyarakat Melayu Kelantan. Songket kebiasaannya mendapat sambutan yang paling tinggi terutamanya di hari-hari perayaan seperti Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan hari-hari kebesaran diraja. Pelapis-pelapis muda didapati tidak berminat untuk bergiat secara aktif dalam menjalankan perusahaan songket. Peralatan-peralatan yang digunakan masih lagi menggunakan peralatan tradisional yang telah dianggap oleh para generasi muda sebagai ketinggalan zaman ekoran kepelbagaian teknologi terkini yang wujud pada masa sekarang Namun di sebaliknya, pengekalan peralatan tradisional dalam pembuatan songket adalah untuk mengekalkan warisan bangsa Melayu supaaya ianya tidak lenyap begitu sahaja di telan peredaran zaman yang moden ini.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zakaria, Mohd Sabri 97345389 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Sakijan, Danuri UNSPECIFIED |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Costume. Dress. Fashion T Technology > TS Manufactures > Textile fabrics |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Art and Design |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Senilukis dan Senireka |
Keywords: | songket, Kelantan, Kempung Penambang, Raya Puasa, Raya Haji |
Date: | 2001 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66634 |
Download
66634.pdf
Download (774kB)