Penghasilan songket, kepenggunaan dan sambutannya dari generasi muda: satu kajiselidik / Muhammad Muslim Darusa

Darusa, Muhammad Muslim (2001) Penghasilan songket, kepenggunaan dan sambutannya dari generasi muda: satu kajiselidik / Muhammad Muslim Darusa. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA, Kelantan.

Abstract

Di dalam membicarakan tajuk tesis ini ianya dapat difahami lagi tentang penjelasan yang berkaitan dengan penggunaan kain tenunan songket dalam dahulu dan juga kini. masyarakat Songket kini bukan sekadar digunakan pada majlis-majlis dan hari hari tertentu sahaja, malah kepenggunaannya telah diperluaskan lagi dengan perkembangan industri fesyen kini dan diguna pakai sebagai pakaian seragam oleh beberapa syarikat tertentu. Sesuatu motif atau corak yang terdapat pada songket mempunyai kepentingan dan keunikan yang tersendiri. Ini kerana sesuatu hasil songket dapat memaparkan kebudayaan masyarakat itu sendiri dalam mewujudkan warisan masyarakat Melayu. Tenunan songket dibuat dalam bentuk yang pelbagai seperti samping. baju pengantin, kain sarung, selendang, pakaian sedondong dan sebagainya dengan menggunakan tulang empat kerat hasil kerjatangan penenun itu sendiri. Pelbagai unsur-unsur motif yang digunakan seperti motif abstrak, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan nama-nama manusia. Penenun mengambil masa yang panjang dalam menghasilkan sesuatu tenunan yang sukar. Berkat kesabaran, ketekunan serta dedikasi penenun dapat menghasilkan sesuatu barangan yang bermutu. Selain dapat memperjelaskan tentang rekacorak tujuan tesis ini juga dibuat untuk melatih di samping dapat mendalami lagi pemikiran daya kreativiti para pelajar terhadap sesuatu bentuk keadaan pada sesuatu kesenian itu. Fakta-fakta yang terkandung juga sekurang-kurangnya dapat memberi pengajaran yang berilmu untuk dinilai bukan sahaja kepada para pelajar tetapi juga kepada semua golongan yang ingin menambahkan pengetahuan terhadap bidang ini. Dalam membuat penyelidikan tentang penghasilan tenunan songket, kaedah penyelidikan tertentu dijalankan. lanya merangkumi pelbagai cara samaada kaedah rujukan dan penyelidikan pada sumber-sumber rujukan seperti majalah, buku-buku dan bahan-bahan lain serta beberapa kaedah kajian yang lain juga turut dijalankan.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Darusa, Muhammad Muslim
97345396
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Mohammad, Sabri
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Textile arts and art needlework
N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Textile arts and art needlework > Songket
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Art and Design
Programme: Ijazah Sarjana Muda Senireka (Tekstil)
Keywords: kain tenunan songket, Songket, kebudayaan, masyarakat Melayu, kesenian
Date: October 2001
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66542
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 66542.pdf] Text
66542.pdf

Download (992kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

66542

Indexing

Statistic

Statistic details