Pengaplikasian motif tradisional pada cincin lelaki tinjauan di Pantai Timur / Mazuin Mustafa

Mustafa, Mazuin (2001) Pengaplikasian motif tradisional pada cincin lelaki tinjauan di Pantai Timur / Mazuin Mustafa. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA, Kelantan.

Abstract

Kajian yang dilakukan ini tertumpu kepada Pengaplikasian Motif Tradisional khususnya pada cincin lelaki. kajian ini jaramg sekali diketengahkan oleh para pengkarya mahu pun oleh petukang-petukang barangan kemas terutamaanya di Pantai Timur. Pengkajian dilakukan adalah bertujuan agar kesenian dan keindaham cincin yang bermotifkan ini dapat dinilai serta dihargai teruamanya oleh pemakaian cincin di samping mengekalkan warisan turun temurun. Dalam menyiapkan kajian, pengkaji haruslah merujuk kepaada karya-karya lampau bagi melengkapkan lagi kajian yang dijalankan. Di samping itu terdapat dua kaedah vang digumakan iatu kaedah data Prime yang dilakukan secara temuhual antara Penyelidik dengan responden dan juga daia Sekunder iaitu melalui pembacaan. Hasil daripadi kajian yang diperolehi dilakukan melalui kaedah analisa data di mana data-data akan diproses dengan mengamalkan nilai peratusan. Pengkaji mendapati bahawa faktor kemampuan, status dan umur mempengaruhi responden terhadap pemilihan motif dan rekaan pada cincin. Di samping itu, golongan muda juga lebih cenderung memilih motif yang lebih ringkas, manakala golongan yang lebih berumur pula meminati motif penuh (ukiran) ini disebabkan oleh faktor perbandingan usia dan citarasa yang mempengaruhi pemilihan oleh golongan muda. Walau bagaimana pun, motif ukiran pasti yang diubah kepada bentuk moden masih mendapat perhatian pada pemakai cincin walau kini wujudnya rekaan-rekaan yang terbaru dan lebih menarik. Selain daripada itu, penggunaan motif fauna pula dalam reka corak cincin lelaki tidak digemari khususnya oleh kaum Melayu disebabkan oleh faktor agama. Daripada keseluruhan kajian kebanyakan responden yang ditemubual menerima penyataan terhadap pemakaian cincim yang bermotifkan tradisional kerana ia dapai melambangkan kelelakian, status, ketampanan, kemasyhuran dan sebagainya. Bagi mengekalkan dan menghidupkun lagi cincin yang bermotifkann tradisional maka langkah-langkah yang drastik pertu diambil agar warisan seni ini tidak ditelan zaman. Pihak-pihak Kerajaan dan badan-badan yang terlibat dengan kesenian periu menperluaskan pasaran cincin tradisional ini ke pasaran dalam dan luar Negara agar pembuatan cincin ini dikenali dan masyarakat luar dapat menghayati kesenian ini. Di sanping itu pendedahan perlu dilakukan terutamarnya kepada pengkarya, petukang barangan kemas dan peminat kesenian Melayu ini dengan mengadakan bengkel-bengkel ia dapat memperluaskan lagi pemikiran minda dan kemudahan pertukaran pendapat antara satu sama lain. Salah satu kesenian ini perlu dipelihara agar ia dapat di pertontonkan pada generasi yang akan datang.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mustafa, Mazuin
97345563
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Che Mat, Nik Abdullah Zawawi
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Metalwork
N Fine Arts > NX Arts in general > History of the arts
T Technology > TS Manufactures > Metal manufactures. Metalworking
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Art and Design
Programme: Ijazah Sarjana Muda Senireka Logam Halus
Keywords: Tradisional, barangan kemas, cincin, generasi
Date: 2001
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66539
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 66539.pdf] Text
66539.pdf

Download (919kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

66539

Indexing

Statistic

Statistic details