Abstract
Setiap warga pendidik mempunyai kaedah dan kreativiti tersendiri dalam menyampaikan ilmu. Kaedah pengajaran tersebut sudah tentu berbeza di antara seorang pendidik dengan yang lain. Hal ini kerana, sudah tentu seorang pendidik itu dapat mengenal pasti tahap pembelajaran pelajar-pelajarnya dan kaedah pengajaran yang dipilihnya haruslah sejajar dengan tahap pembelajaran dan penerimaan pelajar-pelajar tersebut. Berbalik kepada tajuk di atas, definisi pelajar rintis membawa maksud golongan pelajar yang tidak mempunyai asas dalam pembelajaran Bahasa Arab samada di peringkat sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Adapun begitu, kaedah ini masih releven untuk digunapakai terhadap golongan pelajar yang mempunyai asas Bahasa Arab pada tahap permulaan dan pertengahan. Memetik sabda Nabi Muhammad SAW, “Apabila seorang anak Adam meninggal, semua amalannya terputus kecuali tiga hal; sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, serta anak saleh yang selalu mendoakannya (HR Muslim).” Hadis ini menjadi isyarat bahawa ilmu yang bermanfaat juga menjadi asbab bagi seseorang untuk menerima pahala yang berterusan meskipun mereka telah meninggal dunia. Justeru itu, hadis nabi ini boleh dijadikan sebagai pedoman seterusnya diterapkan dalam kehidupan untuk terus menyampaikan ilmu sebaik mungkin agar ianya dapat dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar sekaligus menjadi satu ladang pahala kelak.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sulaiman, Nurlyana Fatihah UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language > Study and teaching P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Bulletin APB Edisi 3 |
ISSN: | 2682-7948 |
Keywords: | Kaedah pengajaran, Bahasa Arab, pelajar rintis UiTM |
Date: | 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66520 |