Abstract
Kajian ini dibuat untuk mengetahui sejauh mana pengaruh dan reaksi penerimaan masvarakat cina di Malaysia terhadap dekorasi dan motif yang terdapat pada teko-teko tradisional cina. Kajian ini dijalankan di kawasan Bandar Hilir Melaka dan subjeknya terdiri daripada golongan tua dan muda masyarakat cina di sekitar kawasan tersebut, ini bertujuan untuk membandingkan respon yang diperolehi daripada kedua-duanya. Hipotesis telah diuji dengan mengunakan ujian soal selidik yang dilakukan pada sampel/ subjek. Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa masyarakat cina di Bandar Hilir Melaka masih meminati dekorasi dan motif yang terdapat pada teko tradisional cina disebabkan pengaruh yang kuat daripada budaya dan adat resam masyarakat Cina. Respon vang diperolehi menunjukkan bahawa teko cina rekaan tradisional lebih diminati berbanding teko rekaan moden atau teko jenis Eropah dan lain-lain jenis lagi.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zainal, Mohd Izani 97185528 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor ldris, Mohd Dahuri UNSPECIFIED Advisor Che Mat, Nik Abdullah Zawawi UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design N Fine Arts > NX Arts in general > History of the arts |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Art and Design |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Senireka Logam Halus |
Keywords: | masvarakat cina, Malaysia, teko, tradisional, rekaan moden dan Eropah |
Date: | 2001 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66447 |
Download
66447.pdf
Download (655kB)