Abstract
Sesuatu pengkajian yang hendak dilakukan semestinya diiringi dengan tujuan yang tepat. Begitu juga dengan penghasilan tesis yang bertajuk " Pengaplikasian Watak Kartun Tempatan Di Dalam Seni Cetakan Tekstil " ini, ianya adalah bertujuan untuk mendedah dan membuktikan keistimewaan karya-karya kartun tempatan untuk diterapkan ke dalam seni cetakan tekstil.Keistimewaan kartun tempatan bukan sahaja terletak pada humor dan keupayaannya hanya membuat manusia ketawa semata-mata, tetapi jika dikaji dengan lebih mendalam lagi, semangat yang ada pada kartun itu. Sendiri yang mempunyai karektor-karektor yang unik dan menarik. Dengan adanya penyelidikan ini, diharap pendedahan mengenai kartun tempatan akan lebih meluas lagi yang mana selama ini ianya cuma dianggap sebagi satu bahan jenaka biasa sahaja. Setelah kesemua data-data diperolehi dan dikaji dengan terperinci secara keseluruhannya, diharap penggunaan kartun tempatan di dalam seni cetakan tekstil boleh memberi satu pembaharuan kepada masyarakat pengguna. Telah menjadi kebiasaan, penggunaan kartun-kartun dari luar negara ke dalam seni cetakan tekstil masyarakat hari ini menyebabkan penggunaan kartun-kartun tempatan di dalam seni cetakan tekstil tidak begitu menonjol. Kartun-kartun tempatan akan kelihatan unik dan menarik jika diolah dengan menarik di dalam reka corak untuk diterapkan ke dalam seni cetakan tekstil. Selain itu, penggunaan kartun tempatan di dalam cetakan tekstil sekaligus akan dapat memperkenalkan budaya tempatan di mata dunia. lanya juga akan dapat menanamkan rasa cintakan negara di dalam diri pengguna serta masyarakat selain dapat menunjukkan ketinggian nilai seni negara kita. Dengan mewujudkan reka corak yang baru ini, secara tidak langsung negara kita akan dapat meningkatkan lagi tahap pengeluaran barangan tekstil ke luar negara. Keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan watak kartun tempatan perlulah diperkenalkan di dalam seni cetakan tekstil selain dari hanya ditayangkan di kaca televisyen sahaja. Ini kerana ia mempunyai banyak kebaikan terutama sekali terhadap kebudayaan negara dan juga psikologi masyarakat dan sekaligus dapat memelihara budaya bangsa yang telah diwarisi sejak turun-temurun lagi.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Rahman, Roseliza Ellyani 97185933 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Mahamood, Muliyadi UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts > Home arts. Homecrafts. > Textile arts and crafts T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts > Home arts. Homecrafts. > Textile arts and crafts > Textile decoration. Textile painting |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Art and Design |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Senireka Logam Halus (Tekstil) |
Date: | 2001 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66444 |
Download
66444.pdf
Download (970kB)