Abstract
Memetik daripada kata-kata seorang ahli falsafah bahasa Austria yakni Ludwig Wittgenstein, bahasa itu merangkumi segenap aspek kehidupan bagi seseorang yang bernama manusia. Manusia dan bahasa. Saling berkaitan dan saling memerlukan. Kehadiran akal yang dianugerahkan oleh Allah SWT telah memperlihatkan bagaimana manusia mampu menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dan saling mengenali antara satu sama lain. Jika dilihat dari sudut linguistik pula, Noam Chomsky telah menyatakan bahawa bahasa dapat dikuasai melalui ‘Nahu Universal’ iaitu alat pemerolehan bahasa semula jadi. Alat ini sebenarnya ialah akal yang telah wujud dalam otak manusia sejak lahir lagi. Melalui Nahu Universal inilah, manusia mampu mempelajari dan menyimpan perbendaharaan kata dalam otak mereka. Justeru itu, manusia akan mampu berkomunikasi dengan menggunakan bahasa ibunda ataupun bahasa kedua mereka.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Ariff, Nur Hanini UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Bulletin APB Edisi 2 |
ISSN: | 2682-7948 |
Keywords: | Tirai Bahasa, APB, UiTM |
Date: | 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66437 |