Teknik tuangan tembaga secara penghapusan lilin di Kampung Ladang Terengganu / Ahmad Sabri Mohamed

Mohamed, Ahmad Sabri (2001) Teknik tuangan tembaga secara penghapusan lilin di Kampung Ladang Terengganu / Ahmad Sabri Mohamed. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA, Kelantan.
Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh pengusaha dalam menggunakan teknik tuangan tembaga secara penghapusan lilin. la juga adalah bertujuan untuk membei pendedahan kepada masyarakat umum terutama golongan remaja terhadap pentingnya teknik ini dalam pembuatan barangan tembaga Selain daripada itu diharapkan dapat memertabatkan seni pembuatan barangan kraf tembaga terutama yang menggunakan teknik ini. Alat kajian yang dijalankan adalah berbentuk soal selidik atau temuramah. Menggambil gambar ditempat perusahaan seperti peralatan, barang kraf tembaga dan semasa proses membuat juga dijalankan. Data-data yang diperolehi melalui sumber primer iaitu melalui tinjauan. Data juga dikumpul dai sumber sekunder iaitu melalui penyelidikan diperpustakaan, pusat kraf tangan dan muzium negeri. Selain itu kaedah pemerhatian sendiri dijalankan dimana segala kejadian boleh direkodkan terus semasa proses tinjauan. Hasil daripada kajian ini dapatlah diketahui bahawa generasi muda sekarang tidak berminat dalam perusahaan pembuatan barangan tembaga dengan teknik tuangan tembaga secara penghapusan lilin. Barangan tembaga tempatan sekarang ini mendapat saingan dengan barangan dari Thailand menyebabkan ramai pengusaha menarik diri dalam bidang ini. Ini menyebabkan teknik yang digunakan juga semakin tidak kelihatan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 66255.pdf]
Text
66255.pdf
Download (659kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | Kampus Machang, Kelantan
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics