Abstract
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh pengusaha dalam menggunakan teknik tuangan tembaga secara penghapusan lilin. la juga adalah bertujuan untuk membei pendedahan kepada masyarakat umum terutama golongan remaja terhadap pentingnya teknik ini dalam pembuatan barangan tembaga Selain daripada itu diharapkan dapat memertabatkan seni pembuatan barangan kraf tembaga terutama yang menggunakan teknik ini. Alat kajian yang dijalankan adalah berbentuk soal selidik atau temuramah. Menggambil gambar ditempat perusahaan seperti peralatan, barang kraf tembaga dan semasa proses membuat juga dijalankan. Data-data yang diperolehi melalui sumber primer iaitu melalui tinjauan. Data juga dikumpul dai sumber sekunder iaitu melalui penyelidikan diperpustakaan, pusat kraf tangan dan muzium negeri. Selain itu kaedah pemerhatian sendiri dijalankan dimana segala kejadian boleh direkodkan terus semasa proses tinjauan. Hasil daripada kajian ini dapatlah diketahui bahawa generasi muda sekarang tidak berminat dalam perusahaan pembuatan barangan tembaga dengan teknik tuangan tembaga secara penghapusan lilin. Barangan tembaga tempatan sekarang ini mendapat saingan dengan barangan dari Thailand menyebabkan ramai pengusaha menarik diri dalam bidang ini. Ini menyebabkan teknik yang digunakan juga semakin tidak kelihatan.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamed, Ahmad Sabri 97345483 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor ldris, Dahuri UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Arts and crafts movement N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Metalwork T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Art and Design |
Programme: | Sarjana Muda Senireka Logam Halus |
Keywords: | teknik tuangan, tembaga, lilin, perusahaan pembuatan, kraf |
Date: | 2001 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66255 |
Download
66255.pdf
Download (659kB)