Abstract
"Kemasyuran Pertukangan Perak Di Kelantan" ditulis adalah untuk mendalami lagi kesenian pertukangan perak di kelantan. Ini adalah
untuk mendedahkan kepada orang ramai dan pelajar pelajar khususnya Kajian Seni Reka Logam Halus tentang sejarah , kesenian, kehalusan dan nilai nilai estetika dalam pembuatan barangan perak di Kelantan. Walaupun industri pertukangan perak di Kelantan dijalankan secara kecil kecilan, ianya dapat menggamit para pelancong dalam dan luar negara. Industri pertukangan perak di Kelantan ini selalunya bercorak kekeluargaan dengan penggunaan bilangan pekerja yang terhad, lazimnya terdiri dari saudara mara yang terdekat. Walaupun kerja - kerja pertukangan perak di kelantan telah wujud sejak zaman sebelum perang dunia pertama lagi tetapi bentuk dan cara pembuatan sekarang ini masih lagi bersifat tradisional seperti sebelumnya. Terbukti industri pertukangan perak di Kelantan adalah pelopor di negeri ini. Menyentuh tentang aspek tradisional , kerja kerja perak ini masih meneruskan motif rekacorak yang bersifat tradisional rekacorak yang menghiasi setiap barangan perak ini mempunyai kepentingan dan keunikan yang tersendiri.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Maihadi, Mohd Nor Irwan 97185542 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor ldris, Haji Dahuri UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Metalwork N Fine Arts > NX Arts in general > History of the arts T Technology > TS Manufactures > Metal manufactures. Metalworking |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Art and Design |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Senireka Logam Halus |
Keywords: | sejarah , kesenian, kehalusan dan nilai nilai estetika |
Date: | 29 November 2001 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66189 |
Download
66189.pdf
Download (916kB)