Abstract
Di dalam membicarakan tentang tajuk ini, ianya dapat memahani lagi tentang penggunaan logam perak dalam penghasilan barangan perak di kalangan penduduk di sekitar Kampung Morak, Kelantan. Setiap barangan yang dihasilkan dengan menggunakan logam perak di sini sudah pasti mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Ini kerana kebanyakan barangan perak yang dihasilkan adalah menggunakan teknik tradisional di samping hanya sedikit sahaja bantuan teknologi moden. Ramai tukang perak di sini adalah dari keturunan anak Melayu Kelantan sendiri samada tukang tukang mahir mahupun separuh mahir. Tidak hairanlah jika diperkatakan di sini bahawa negeri Kelantan adalah pelopor
bahkan negeri yang paling disegani di Malaysia ini kerana mempunyai kesenian pertukangan perak yang hebat. Kajian ini juga bertujuan untuk memperbincangkan tentang paparan kehidupan petukang di dalam industri ini khasnya di Kampung Morak. Sememangnya penghasilan kajian ini adalah untuk memenuhi syarat syarat untuk matapelajaran semester 08 dan secara langsung kajian terhadap barangan perak dan para petukang perak di Kampung Morak dilakukan untuk membuka mata orang ramai terutamanya yang kurang atau tidak langsung mendalami nilai nilai sesuatu hasil seni barangan perak tersebut. Kajian dilakukan terhadap motif, sambutan orang ramai terhadap barangan perak Kelantan dan pemerhatian terhadap taraf ekonomi mereka dari segi pengurusan perniagaan serta cara memastikan kestabilan ekonomi mereka dalam bidang ini.. Ini termasuklah pemerhatian terhadap peralatan yang digunakan serta peralatan berkaitannya. Walaupun dijalankan secara kecil kecilan ianya tetap dapat membuka mata peminat koleksi barangan perak kerana mutu dan rekacoraknya yang sungguh halus dan penuh keindahan buatan tangan. Barangan perak ini diyakini adalah setanding dengan barangan buatan emas dan masing masing mempunyai kelebihan tersendiri mengikut minat dan pandangan orang ramai.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Shahmin, Abd. Rizal 97185679 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Idris, Haji Dahuri UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Metalwork N Fine Arts > NX Arts in general > History of the arts > Malaysia T Technology > TS Manufactures > Metal manufactures. Metalworking > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Art and Design |
Programme: | Sarjana Muda Senilukis dan Senireka Logam Halus |
Keywords: | logam perak, tukang perak, barangan perak, kesenian pertukangan, Kelantan |
Date: | 18 November 2001 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66171 |
Download
66171.pdf
Download (1MB)