Abstract
Kajian ini dijalankan agar masyarakat mengetahui bagaimana sebilah mata keris berpamor dihasilkan. Ini adalah kerana kajian yang ada mengenai keris lebih menumpukan kepada seni ukiran yang ada pada hulu dan sarung keris sahaja. Di dalam kajian ini, subjek terdiri dari 20 orang responden yang telah dipilih untuk menjawap kertas soal selidik. Kajian ini hanya memuatkan asas pembentukan keris berpamor. Seni pembuatan keris berpamor ini amat unik sekali Ini adalah kerana keris merupakan sejenis senjata tikam. Oleh itu, mata bilahnya merupakan satu bahagian yang amat penting dan telah diterap satu seni kedalam mata bilah keris itu agar ia lebih jitu, bertenaga dan menjadi kebanggaan pemiliknya. Tetapi pada masa kini, ramai petukang keris pada masa kini lebih gemar membuat keris yang tampak kosong tanpa adanya seni pamor. Ini adalah kerana kesukaran pembuatannya dan juga masa yang lama untuk menghasilkannya, menyebabkan rata rata petukang keris melupai seni pembuatan ini. Hasil kajian yang dibuat juga mendapati teknik pembuatan keris berpamor ini mempunyai persamaan dengan teknik pembuatan senjata tangan yang lain.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Shamsuddin, Mohamad Nursiham 97185535 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor ldris, Haji Dahuri UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Metalwork N Fine Arts > NX Arts in general |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Art and Design |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Senireka Logam Halus |
Keywords: | seni ukiran, pembentukan keris, Seni pembuatan, keris berpamor |
Date: | November 2001 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66165 |
Download
66165.pdf
Download (756kB)