Kelemahan penguasaan bahasa Inggeris peringkat UPSR di kalangan murid-murid luar bandar kawasan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas, Tumpat: kajian dan penyelesaian / Wan Mohd Farid Wan Yusof ... [et al.]

Wan Yusof, Wan Mohd Farid and Che Deris, Che Nab and Che Saat, Yulaimi and Jusoh, Mohd Nor (1999) Kelemahan penguasaan bahasa Inggeris peringkat UPSR di kalangan murid-murid luar bandar kawasan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas, Tumpat: kajian dan penyelesaian / Wan Mohd Farid Wan Yusof ... [et al.]. [Student Project] (Submitted)

Abstract

Kajian yang dibuat ini berkaitan dengan tajuk kelemahan Bahasa Inggeris di kalangan murid luar bandar di kawasan PPD Pasir Mas/Tumpat. Zon kajian ialah Zon Meranti yang mana ianya meliputi enam buah sekolah iaitu SK. Lati, SK. Mekasar, SK. Lemal, SK. Dato Hanmid 1, SK. Dato Hamid 2 dan SK. Tanjung Chenak. Bahasa Inggeris telah dikenal pasti sebagai punca utama yang menyebabkan kebanyakan murid murid luar bandar tidak boleh mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Pada umumnya pencapaian Bahasa Inggeris sekolah-sekolah luar bandar agak lemah tetapi terdapat juga sekolah yang mampu mencatat prestasi yang baik. Dengan demikian maksud kajian ini dibuat adalah untuk mengetahui setakat mana pencapaian Bahasa Inggeris sekolah luar bandar. lanya juga akan mengesan dan menyelidik faktor- faktor yang menyebabkan sekolah luar bandar agak lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Kajian ini juga bertujuan untuk mengemukakan saranan dan langkah-langkah yang boleh diambil bagi memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi Bahasa Inggeris di sekolah rendah amnya dan zon kajian khususnya. Terdapat beberapa peringkat dalam kajian ini. Untuk permulaan dipaparkan gambaran awal tentang subjek Bahasa Inggeris sekolah-sekolah rendah di negeri Kelantan secara keseluruhan. Begitu juga dengan pencapaian Bahasa Inggeris bagi sekolah-sekolah luar bandar akan turut dinyatakan sebagai perbandingan. Seterusnya kajian akan bertumpu kepada prestasi Bahasa Inggeris di kawasan PPD Pasir Mas/Tumpat. Berikutnya skop kajian diperkecilkan lagi dengan memberi penumpuan khusus kepada pencapaian bagi sekolah-sekolah di dalam zon kajian.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Wan Yusof, Wan Mohd Farid
94799214
Che Deris, Che Nab
95094575
Che Saat, Yulaimi
94803789
Jusoh, Mohd Nor
94803638
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Shapiin, Mohd Nor
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
L Education > LB Theory and practice of education > English language
L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education > Education and state
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan
Programme: Diploma Pentadbiran Awam
Keywords: Bahasa Inggeris, PPD Pasir Mas/Tumpat, UPSR, sekolah luar bandar, sekolah rendah, Kelantan
Date: March 1999
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66051
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 66051.pdf] Text
66051.pdf

Download (895kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

66051

Indexing

Statistic

Statistic details