Steering Wheel Alignment JIG / Norakmal Maamor … [et al.]

Maamor, Norakmal and Abu Bakar, Mohd. Fauzi and Raja Md Yatim, Raja Shahrizal and Redzuan, Muhd Hazrin and Abd. Rahman, Norazlan (2012) Steering Wheel Alignment JIG / Norakmal Maamor … [et al.]. In: RIID 2012: Innovation For Sustainable Growth. Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka, Alor Gajah, p. 35. (Unpublished)

Abstract

Hampir 70% daripada penduduk Malaysia memiliki kereta. Tidak kiralah bagi yang berpendapatan rendah ataupun berpendapatan tinggi, yang pasti ialah mereka mesti memiliki sebuah kereta. Semasa mereka membeli kereta, perkara pertama yang mereka lakukan ialah mereka akan memasuki ruang kabin kereta dan seterusnya mereka akan memegang roda steering terlebih dahulu. Oleh yang demikian, persepsi pelanggan yang pertama dalam menentukan tahap kualiti kebagusan sesebuah kereta ialah kedudukan roda steering. Selain itu, kebiasaannya untuk menjamin keselamatan kereta itu sentiasa bagus, seorang pemilik kereta pasti akan menghantar kereta mereka ke pusat servis tayar untuk melakukan pengimbangan tayar (wheel balancing) dan seterusnya melakukan penjajaran tayar (wheel alignment). Akhirnya, selepas petugas pusat servis menyerahkan kunci, perkara pertama yang dilakukan oleh pelanggan ialah memastikan kedudukan steering adalah dalam keadaan tegak terlebih dahulu. Masalahnya ialah, bagi sebuah kereta yang baru diterima dari pusat jualan kereta ataupun pusat servis tayar ialah, pelanggan tidak berpuas hati dengan kedudukan roda steering yang mungkin akan senget sedikit dari pandangan mata walaupun keretanya itu bergerak lurus. Apakah fenomena ini biasa bagi sesebuah kenderaan yang mempunyai tayar baru? Apakah para pekerja pusat jualan atau servis tidak memeriksa terlebih dahulu kedudukan steering kereta sebelum kuncinya diserahkan kepada pelanggan? Berapakah sudut kecondongan steering yang biasa berlaku selepas proses penjajaran dilakukan? Bagi menjawab semua persoalan tersebut, maka Bahagian Proses Pembuatan Automotif telah mencipta sebuah alat yang dapat digunakan di pusat jualan ataupun pusat servis tayar kereta bagi mengurangkan kecacatan yang barangkali kita rasa ianya minoriti sahaja tetapi boleh menjejaskan reputasi sesebuah syarikat jualan atau pusat servis.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Maamor, Norakmal
UNSPECIFIED
Abu Bakar, Mohd. Fauzi
UNSPECIFIED
Raja Md Yatim, Raja Shahrizal
UNSPECIFIED
Redzuan, Muhd Hazrin
UNSPECIFIED
Abd. Rahman, Norazlan
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications > Automotive transportation
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > Machine shops and machine shop practice > Machine tools and machining
T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics > Motor vehicles. Cycles
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka
Event Title: RIID 2012: Innovation For Sustainable Growth
Event Dates: 7-8 November 2012
Page Range: p. 35
Keywords: Steering wheel; Vehicle; Tire service center
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65942
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
65942.pdf

Download (12MB)

ID Number

65942

Indexing

Statistic

Statistic details