Polimer elektret / Saifollah Abdullah

Abdullah, Saifollah (1988) Polimer elektret / Saifollah Abdullah. GADING Majalah Akademik ITM Cawangan Pahang, 1 (2): 1. pp. 1-11.

Abstract

Artikel ini hanya satu nota ringkas penulis bagi pengetahuan am semasa menjalankan penyelidikan. Oleh itu fakta-fakta dan maklumat yang terkandung bukanlah sesuatu yang terbaru. Diketahui umum bahawa polimer merupakan suatu bahan yang diguna secara meluas dalam industri penebatan. Walau bagaimana pun sejak kebelakangan ini ia telah mula diguna sebagai suatu bahan penyimpan cas (charge storage) dalam berbagai bidang. Terdapat banyak polimer yang berkeupayaan menyimpan cas untuk sesuatu jangka masa yang panjang, contohnya polythelene terephtalate (PET) dan Florinated ethylene-proplene (FEP). la berkemampuan menyimpan cas sebenar (real charges), cas pengkutuban (polarization charges) atau kedua-duanya sekali. polimer jenis ini dikenali sebagai "POLIMER ELEKTRET". Fenomina penyimpanan cas bagi suatu polimer telah dikaji oleh Gray (1732) (21), Faraday (1839) (12) dan Heaviside (1892) (19), tetapi eksperimen awal telah ditunjukkan oleh Eguchi (1919) (16). Beliau telah memanaskan satu kepingan "carnauba wax" sehingga lebur kemudian suatu medan elektrik yang kuat dikena, untuk pengkutuban melalui elektrod-elektrod. Bahan tersebut kemudiannya disejukkan sementara medan terus dikena. Pada akhir eksperimen didapati cas yang terhasil pada bahan tersebut bertentangan dengan cas elektrod yang berdekatan, ini menunjukkan pemisahan cas telah terjadi. Daripada eksperimen tersebut, menunjukkan bahawa suatu penyimpanan cas boleh berlaku. Pada masa ini polimer elektret biasanya didapati dalam bentuk filem nipis (thin film), 5-50 µm, dimana lapisan polimer disalut di kedua-dua belah permukaan suatu penyokong (substrate), dengan ketebalan 500 - 1000 °A. Suatu Polimer Elektret yang menyimpan cas sebenar boleh mengkutub kepada ketumpatan cas sebesar 10-8C/cm2 dan boleh menghasilkan ketumpatan cas permukaan sehingga 10-6 C/cm2.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdullah, Saifollah
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > Polyethylene
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: GADING Majalah Akademik ITM Cawangan Pahang
UiTM Journal Collections: Others > GADING
Volume: 1
Number: 2
Page Range: pp. 1-11
Keywords: Polimer, penebat, penyimpan cas
Date: 1988
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65567
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 65567.PDF] Text
65567.PDF

Download (5MB)

ID Number

65567

Indexing

Statistic

Statistic details