Abstract
Transkrip ini membincangkan mengenai seorang tokoh dalam industri muzik yang terkenal di tanah Air. Beliau juga salah seorang anggota dalam sebuah kumpulan rock yang terkenal yang pemah memenangi pelbagai anugerah di tanah air dan di peringkat antarabangsa. Tujuan transkrip ini adalah untuk mengungkap pengalaman oleh Encik Noordin bin Mohd Taib yang merupakan gitaris di dalam kumpulan rock tanah air iaitu kumpulan Search. Oleh kerana perkembangan muzik di era moden ini semakin meningkat, maka muzik-muzik di era 60an sehingga 80an agak kurang diberikan perhatian terhadap generasi-generasi muda terutamanya muzik rock kapak. Dalam pada itu, transkrip ini menggambarkan situasi bagaimana penerimaan muzik rock dalam kalangan masyarakat tempatan dan bagaimana muzik rock mampu menjadi penentu arah alir dari segi fesyen dan gaya hidup masyarakat tempatan. Seterusnya, transkrip ini akan membincangkan tentang kehidupannya sebagai gitaris dalam sebuah kumpulan muzik rock yang terkemuka dan bagaimana beliau menghadapi segala likuliku kehidupan beliau. Tidak dilupakan, transkrip ini juga ingin berkongsi tentang kenangan kenangan manis beliau dalam memenangi anugerah, bermain di peringkat antarabangsa dan meletakkan Malaysia di peringkat dunia. Kajian yang dilakukan ini memfokuskan kepada para penyelidik, pelajar serta orang awam. Dengan ini diharapkan, kajian yang dilakukan bersama tokoh industri muzik tanah air ini mampu memberi pencerahan kepada para pembaca terutamanya dalam kalangan generasi muda mengenai industri muzik di era 60an sehingga 80an.
Metadata
Item Type: | Monograph (Oral History Report) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Taib, Muhammad Irfan Azha 2020899938 Syed Shaffruddin, Sharifah Khaleesa 2020899946 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Jamaludin, Siti Noorsiah UNSPECIFIED Interviewee Mohd Taib, Noordin UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education M Music and Books on Music > ML Literature of music > Music as a profession. Vocational guidance N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Muzik rock; Industri muzik; Gitaris; Sejarah lisan |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65441 |