Idea perniagaan melalui e-dagang borong / Nur Fadhlina Zainal Abedin

Zainal Abedin, Nur Fadhlina (2022) Idea perniagaan melalui e-dagang borong / Nur Fadhlina Zainal Abedin. ASPIRASI FPP, 1. pp. 23-25. ISSN 2735-0525

Abstract

Sudah puas memerah idea untuk memulakan perniagaan. Idea yang timbul dari penilaian sekeliling dan terdekat kebanyakannya telah ramai peniaga lain tawarkan di pasaran. Apakah produk yang menarik tetapi masih belum ramai penjual atau belum ada yang menawarkannya di pasaran? Produk apakah yang ingin dipasarkan? Pada edisi kali ini, beberapa laman e-dagang yang membekalkan pelbagai produk kepada pemborong akan disenaraikan bagi membantu usahawan baru untuk membuat kajian dan menjana idea produk yang sesuai untuk dipasarkan. Pembelian borong secara terus dengan pembekal tanpa melalui orang tengah adalah lebih pantas dan menjimatkan. Pemilihan barangan, ulasan transaksi, produk yang pelbagai dan lain-lain faedah menjadikan pembelian borong secara atas talian menjadi pilihan kepada usahawan-usahawan masa kini. Ia juga memudahkan perolehan bekalan sampai terus ke depan pintu rumah dan premis. Terdapat banyak pilihan laman sesawang daripada pembekal-pembekal negara China, Jepun, korea, India, Amerika Syarikat dan sebagainya. Tetapi ramai yang khuatir untuk membuat pembelian secara maya dengan kuantiti yang banyak. Antara persoalan yang bermain di fikiran bagi yang baru ingin bermula adalah dari segi kepercayaan transaksi. Oleh itu, sangat penting untuk memilih hanya laman sesawang yang mempunyai prestasi yang baik, mempunyai jaminan pembelian dan polisi pemulangan yang fleksibel. Ianya penting terutama melibatkan barang rosak yang diterima pembeli. Antara e-dagang yang disarankan adalah Alibaba, Global Sources, Super Delivery dan Dhgate.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zainal Abedin, Nur Fadhlina
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
H Social Sciences > HF Commerce > Business
H Social Sciences > HF Commerce > Electronic commerce
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: ASPIRASI FPP
ISSN: 2735-0525
Volume: 1
Page Range: pp. 23-25
Keywords: Idea, perniagaan, e-dagang, borong
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65149
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 65149.pdf] Text
65149.pdf

Download (397kB)

ID Number

65149

Indexing

Statistic

Statistic details