Abstract
Dasar gaji minimum bukanlah sesuatu yang baru bagi masyarakat dunia. Umum mengetahui bahawa istilah gaji minimum ini adalah satu bentuk gaji minima atau gaji paling rendah yang ditetapkan kadarnya kepada pekerja tanpa mengambilkira pelbagai faktor seperti jantina, pendidikan dan bidang pekerjaan. Penetapan gaji minimum oleh kerajaan mengambilkira pendapatan garis kemiskinan semasa, gaji penengah (median pay), indeks harga pengguna (CPI) dan kadar inflasi. Ia merupakan satu bentuk undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan kepada sesebuah organisasi, firma atau majikan untuk memastikan kebajikan pekerja atau staf di bawah seliaan mereka terjamin dan terbela. Majikan perlu menggaji pekerjanya pada kadar yang tidak kurang daripada yang ditetapkan. Di Malaysia, kadar ini dikaji setiap dua tahun bersesuaian dengan keadaan ekonomi dan sosial semasa. Peraturan ini digunapakai kepada semua majikan yang mempuyai lima pekerja dan ke atas termasuk pekerja asing berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Mahyideen, Jamilah UNSPECIFIED Yaakob, Hafisah UNSPECIFIED Mohamad, Wan Normila UNSPECIFIED Mohamad Rusli, Nurhanani Aflizan UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals H Social Sciences > HC Economic History and Conditions > Income. Income distribution. National income. Including gross national product, gross domestic product, and gross state product P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | ASPIRASI FPP |
ISSN: | 2735-0525 |
Volume: | 1 |
Page Range: | pp. 19-22 |
Keywords: | Gaji, kemiskinan, indeks harga pengguna, CPI, kadar inflasi |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65139 |