Ekonomi jalanan: intipati kesejahteraan ekonomi rakyat / Siti Mariam Ali

Ali, Siti Mariam (2021) Ekonomi jalanan: intipati kesejahteraan ekonomi rakyat / Siti Mariam Ali. 2735-0525, 2. pp. 40-42. ISSN ASPIRASI FPP

Abstract

Umumnya, masyarakat biasa dimomokkan dengan stigma bahawa peniaga kecil-kecilan adalah peniaga yang tidak cukup sumber kewangan, miskin, tidak teratur, kurang bersih, tidak berlesen, dan pelbagai masalah lain. Namun, sedar atau tidak, gerai-gerai sebegini ada kesannya kepada ekonomi. Dari aspek ekonomi ia dikenali sebagai Street Economy/Stall Economy. Ekonomi jalanan ialah aktiviti pertukaran barangan atau perkhidmatan yang biasanya dijalankan di kawasan awam, tepi jalan, kaki lima atau sudut-sudut kecil tertentu, premis sementara atau kawasan kejiranan. Jika disingkap sejarah ekonomi dunia yang wujud berkurun dahulu, ekonomi jalanan ini mencerminkan tenomena sejarah untuk perdagangan yangtelah tercipta. la merupakan salah satu teknik perdagangan yang telah lama dipraktikkan. Di sesetengah negara seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan Myanmar, ekonomi jalanan menjadi salah satu aktiviti pelancongan yang menarik perhatian pelancong seluruh dunia kerana keunikan sistem ekonomi jalanan dan kepelbagaian produk yang merangkumi hasil kreativiti dan produk estetik sesuatu kawasan tertentu yang dihasilkan sendiri oleh penduduk tempatan di lokaliti tersebut. Antara aktiviti ekonomi jalanan yang terkenal di Malaysia adalah Petaling Street, Kuala Lumpur.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ali, Siti Mariam
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty
H Social Sciences > HC Economic History and Conditions > Consumers. Consumer demand. Consumption
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: 2735-0525
ISSN: ASPIRASI FPP
Volume: 2
Page Range: pp. 40-42
Keywords: Ekonomi, rakyat, kewangan, miskin
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65121
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 65121.pdf] Text
65121.pdf

Download (2MB)

ID Number

65121

Indexing

Statistic

Statistic details