Abstract
Perkataan digital ekonomi tidak asing lagi pada masa kini. Digital ekonomi dikaitkan dengan teknologi pengkomputeran digital. la adalah semua aktiviti ekonomi yang dijalankan menggunakan teknologi. Digitai ekonomi memberi impak positif kepada sosio ekonomi negara di mana setiap urusan perniagaan, pemprosesan, seruis dan lain-lain dijalankan dengan menggunakan teknologi terkini. Pelbagai pihak telah mengambil peluang ke atas kewujudan digital ekonomi kerana yakin terhadap kesannya yang mampu menguasai pasaran yang lebih luas tanpa mengira lokaliti dan juga latar belakang pasaran sasar. Ekoran daripada ini banyak syarikat dan agensi kerajaan mampu mencapai etisiensi dan produktiviti yang lebih tinggi. Jika dilihat dari hasil pendigitalan ekonomi, banyak syarikat dapat menyediakan peluang pekerjaan di samping mencapai "economies of scale" danjuga membantu pertumbuhan ekonomi negara. Asean adalah antara negara yang mengecapi pertumbuhan digital ekonomi yang tinggi di dunia. la bertambah rancak apabila dunia di landa pandemik COVID-19 di mana semua urusan jual beli dan servis dijalankan secara atas talian. Contoh platform yang sering digunakan individu adalah aplikasi Food Panda, Grab, Shopee, Lazada, Amazon, Alibaba, DHL, J&T dan lain-lain. Bagi syarikat-syarikat besar, mereka lebih menggunakan Big Data, Fintech dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan syarikat.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Isnani, Zaidatulhusna UNSPECIFIED Md Akhir, Norhaniza UNSPECIFIED Tengku Sulaiman, Tengku Shariteleani Ratul Maknu UNSPECIFIED Zainal, Nurazilah UNSPECIFIED Abd Karim, Hilwana UNSPECIFIED Amirnordin, Nur Alia UNSPECIFIED Ramli, Zarifah Fadilah UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals H Social Sciences > HC Economic History and Conditions > Information technology. Information economy. Knowledge economy. Digital divide P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | ASPIRASI FPP |
ISSN: | 2735-0525 |
Volume: | 2 |
Page Range: | pp. 32-34 |
Keywords: | Digital ekonomi, COVID-19, Food Panda, Grab, Shopee |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65115 |