Abstract
Transkrip ini membincangkan tentang pengalaman seorang tokoh yang merupakan yang masih mewarisi seni kebudayaan bertajuk ulek mayang. la merupakan salah satu daripada pecahan kategori dalam jenis ulek mayang, selain daripada tarian zapin, dikir barat dan sebagainya. Selain menyentuh sedikit sebanyak mengenai latar belakang tokoh yang masih mewarisi kesenian ini, projek sejarah lisan ini akan cuba mengungkap kebenaran sebenar disebalik isu yang sering kali dikaitkan dengan kesenian iaitu khurafat. Bermula dari sejarah tentang seni kebudayaan ulek mayang ini, kajian juga menumpukan secara menyeluruh tentang peralatan, syarat-syarat, ritual-ritual yang dikaitkan,fungsi setiap cerita dan lagu, isu-isu yang berkaitan dan paling utama adalah keunikan seni kebudayaan ulek mayang itu tersendiri. Kajian ini bukan sahaja melalui Puan Wan Salmah Binti Wan Sulaiman, malah turut diperolehi dari beberapa sumber yang lain bagi melihat sejauh mana persamaan dan perbezaan dalam kajian yang telah dilakukan. Implikasi dari kajian ini adalah terutamanya kepada pengkaji, pelajar dan orang awam. Melalui projek sejarah lisan juga, generasi pada hari ini mengenali dengan lebih lanjut tentang seni kebudayaan ulek mayang.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad Suhaimi, Nur Syazwani 2020996989 Che Wan Noh, Che Wan Solihah 2020960831 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Jamaluddin, Siti Noorsiah UNSPECIFIED Interviewee Wan Sulaiman, Wan Salmah UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Dance > National dances. Folk dances and dancing G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Dance > Special dances, A-Z L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Ulek Mayang; Mantera; Ritual; Khurafat; Jampi; Sejarah lisan |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65078 |