Abstract
Sektor Pelancongan dunia kini terus menjadi salah satu sektor va n 6 paling teruk terkesan disebabkan Pandemik Covid-19. Berdasarkan analisa daripada Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan Dunia (OECD) telah menyasarkan dan menjangka bahawa sektor pelancongan antarabangsa akan turun sehingga 80% pada tahun 2020. Negara-negara yang sangat terkesan merupakan negara yang bergantung sepenuhnya kepada sektor pelancongan antarabangsa dan aktiviti perniagaan sekitarnya.
Arahan untuk menghentikan semua kegiatan dan aktiviti pelancongan di seluruh dunia mengakibatkan kebanyakan ekonomi negara-negara yang bergantung kepada sektor tersebut lumpuh. Sektor ini dilihat amat berisiko tinggi menjadi sektor pilihan terakhir yang akan pulih dengan sekatan pergerakan pelancong-pelancong domestik dan antarabangsa serta kemelesetan ekonomi global. Ini kerana, kebanyakan aktiviti-aktiviti ekonomi lain juga bergantung kepada sektor perlancongan dalam memperkukuhkan pasaran mereka. Bermula awalJanuari 2021, program vaksinasi golongan dewasa diseluruh duniatelah memberi harapan kepada program pemulihan sektor pelancongan secara amnya yang dilihat dapat memberikan peluang kepada mereka bagi mengorak langkah strategi terbaik dalam membangunkan semula sektor tersebut.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Karim, Hilwana UNSPECIFIED Ramli, Zantah Fadilah UNSPECIFIED Isnani, ZaidatulhusIna UNSPECIFIED Amirnordin, Nur Alia UNSPECIFIED Md Akhir, Norhamza UNSPECIFIED Zainal, Nurazilah UNSPECIFIED Tengku Sulaiman, Tengku Shariteleani Ratul Maknu UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Recreational areas and facilities. Recreation centers P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | ASPIRASI FPP |
ISSN: | 2735-0525 |
Volume: | 2 |
Page Range: | pp. 6-9 |
Keywords: | Pelan pemulihan, industri pelancongan, Pandemik Covid-19 |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65046 |